22November2019

Agenda Daily

MH370: Australia nafi mahu hentikan pencarian

Australia, China dan Malaysia tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menghentikan pencarian pesawat Penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang hilang di luar pantai Australia Barat.

Jurucakap Menteri Pengangkutan Australia Warren Truss dalam satu kenyataan di portal berita The Australian hari ini menafikan bahawa ketiga-tiga negara itu telah berbincang untuk menamatkan pencarian pesawat malang itu.

"Perbincangan tersebut bukan untuk menghentikan carian," kata jurucakap itu.

"Perbincangan yang sedang dijalankan adalah berhubung dengan pencarian itu."

Terdahulu, agensi berita Reuters memetik Truss sebagai berkata bahawa pencarian tidak mungkin dapat diteruskan selama-lamanya, dan perbincangan telah diadakan dengan China dan Malaysia sama ada untuk menghentikan operasi dalam beberapa minggu lagi.-3/3/2015

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 252  tetamu dalam talian