01Disember2020

Agenda Daily

MH370: Ada pihak yang nak burukkan lagi keadaan

shamsulanuarnasarah1xxJangan sembang kosong burukkan negara guna media asing, sebaliknya Datuk Seri Anwar Ibrahim dituntut memberikan bukti sekiranya Malaysia berbohong serta menyembunyikan fakta mengenai kehilangan MH370.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata Anwar perlu tampil memberi bukti yang jelas, bukan bertindak dengan 'berteriak' di media asing dengan membuat pelbagai tuduhan kepada kerajaan tanpa bukti yang kukuh.

"Menyentuh mengenai isu ini, kalau kita tengok cerita P.Ramlee, ada watak Saleh Kamil yang menjadi tali barut Jepun, adakah watak ini ada dalam negara kita sekarang?

"Itu yang membimbangkan kita kerana keadaan ini akan menyusahkan kita kerana bila krisis berlaku ada pihak yang bukan hendak membantu menyelesaikan masalah tetapi memburukan lagi keadaan.

"Berbalik kepada soal Anwar tadi, kita cabar Anwar, buktikan bahawa Malaysia berbohong dan menyembunyikan fakta kerana kita kena ingat dalam situasi ini sudah tentu ada perkara yang tidak boleh didedahkan kepada umum untuk tujuan keselamatan dan sebagainya," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Shamsul turut  berharap agar seluruh rakyat Malaysia bersatu dalam menghadapi situasi seumpama ini.

"Saya berharap dalam menghadapi situasi krisis seumpama ini rakyat Malaysia bersatu kerana ia berkaitan dengan maruah negara," katanya.
 
Sementara itu, Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Irwan Fahmi Idris berkata, dakwaan yang dinyatakan pemimpin pembangkang itu adalah tidak berasas.

"Mana mungkin Malaysia yang menjalankan operasi bersama 26 negara lain menyembunyikan sebarang maklumat mengenai pesawat tersebut.

"Jika benar dakwaan Anwar, adalah lebih baik beliau tampil menunjukkan bukti yang kukuh daripada menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih," katanya.

Menurut beliau, sudah tiba masanya pemimpin pembangkang itu menutup mulut dan memberikan tumpuan kepada ?masalah peribadi? beliau daripada berterusan membuat cerita rekaan.

Menurut Irwan, jika Anwar pemimpin yang berjiwa rakyat, sepatutnya pada masa ini beliau membantu usaha pencarian dan menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

Manakala bagi Pengerusi Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah, Khairul Anuar Ramli berkata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menutup mulut kerana tindakan beliau hanya memberikan gambaran buruk usaha kerajaan menyelesaikan isu tersebut.

Tambahnya, kerajaan perlu mengambil tindakan berhubung perkara ini kerana sekiranya dibiar, ia mampu memberi persepsi buruk kepada negara dalam jangka masa panjang.

Akhbar Daily Telegraph yang beribupejabat di United Kingdom menyiarkan kenyataan Anwar yang menuduh kerajaan menyembunyikan maklumat berhubung kehilangan MH370 dan mempersoalkan kegagalan sistem radar canggih Malaysia, Marconi.-6/4/2014

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 751  tetamu dalam talian