08Disember2019

Agenda Daily

Lokasi baru cari MH370 lebih jauh dari sebelumnya

mh-jumpaFasa baru pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 akan tertumpu jauh ke selatan dari lokasi pesawat itu dikatakan menamatkan penerbangannya di Lautan Hindi.

Ketua Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan berkata, pengumuman mengenainya akan dilakukan minggu depan.

Ia melibatkan kawasan pencarian di dasar laut seluas 60,000 kilometer persegi dengan menggunakan peralatan sonar.

Dolan berkata, pihaknya menjangkakan lokasi pencarian pesawat, terletak beratus kilometer ke selatan di mana penggunaan kenderaan dasar laut memperolehi isyarat akustik.

Sementara itu, pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, fasa baharu lokasi pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 akan diumum dalam tempoh satu atau dua minggu lagi.

agaimanapun, katanya lokasi pencarian baharu itu masih kekal di koridor selatan.

"Carian kita tidak pernah berhenti tetapi sebelum diumum fasa baharu kawasan pencarian yang akan kita beri tumpuan bersama-sama China dan Australia, kita juga akan kenal pasti aset-aset kita," katanya.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata selepas itu, semua aset-aset tambahan akan dihantar untuk membantu usaha pencarian di lokasi baharu.

Hishammuddin menjelaskan aset-aset tambahan dari China, Belanda serta syarikat swasta Petronas dan SapuraKencana sudah sedia untuk dihantar.

Antaranya ialah Kapal Zhu Kenzhen 872 dari China, Fugeo Equator (dari Belanda) dan Deftech Phoenix International (Petronas) dan Multi-beam Echo Sounder dan Sun Bottom prOflier (SapuraKencana).

Selain itu, Hishammuddin berkata jawatankuasa aset yang diketuai oleh Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri akan bekerjasama dengan China dan Australia untuk mengenal pasti aset-aset itu benar-benar memenuhi keperluan.

Dalam fasa baharu pencarian itu, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi pula akan melihat dari segi panel pakar teknikal termasuk kerjasama dengan Boeing, Immarsat, Rolls Royce, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional Amerika Syarikat dan Jabatan Siasatan Kemalangan Udara China, katanya.

Pada 8 Mac, pesawat Boeing 777-200ER itu yang dalam penerbangan ke Beijing bersama-sama 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam.

Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di selatan Lautan Hindi apabila ia dikatakan melencong daripada laluan asalnya.

Tujuh belas hari kemudian, Penerbangan MH370 itu dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi.-20/6/2014

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 287  tetamu dalam talian