21November2019

Agenda Daily

Hampir setahun... pencarian MH370 masih buntu

Pasukan mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 hanya menemui beberapa kontena perkapalan di dasar Lautan Hindi tetapi masih tiada petunjuk baharu sehingga kini, jelas ketua agensi Australia yang mengetuai misi pencarian tersebut semalam.

Pesawat itu hilang hampir setahun lalu bersama 239 penumpang dan anak kapalnya semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing tetapi dipercayai berakhir di sebelah barat pantai negara ini di tengah-tengah lautan paling terpencil dan antara paling dalam di dunia.

Ketua Pesuruhjaya Biro Ke­selamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Martin Dolan berkata, beberapa objek buatan manusia ditemui melalui pencarian sonar itu tetapi tiada satu pun daripadanya menyerupai serpihan pesawat tersebut.

Menurutnya, pihak berkuasa Australia dan Malaysia telah mengecilkan kawasan pencarian kepada zon seluas 60,000 kilometer persegi dan sehingga kini telah memeriksa sekitar 40 peratus kawasan berkenaan. -4/3/2015

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 317  tetamu dalam talian