14Julai2020

Agenda Daily

Kos carian MH370 fasa baru...Malaysia akan bincang dengan Australia

mas-sedih11xxKEMASKINI : Kos misi carian MH370 fasa baru yang akan beri tumpuan di bawah laut memang besar.Perdana Menteri Australia Tony Abbott sendiri anggarkan kos untuk mengunakan khidmat dan peralatan carian bawah laut milik syarikat swasta itu sekitar RM180 juta.Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang ditemui wartawan Selasa mengakui adalah tidak adil Australia tanggong sendiri kos itu.

Katanya isu kos tidak pernah dibincangkan sebelum ini.

Ditemui wartawan selepas menerima kunjungan Menteri Pertahanan Jepun Itsunori Onodera di Kementerian Pertahanan,Hishamuddin berkata Malaysia akan mulakan perbincangan mengenai kos misi fasa baru ini.

Permulaan misi fasa baru yang menamatkan pencarian menerusi udara untuk tumpu pada carian bawah laut diumumkan oleh Perdana Menteri Australia Isnin.

Sebelum ini kos misi carian MH370 dibiayai sendiri oleh negara-negara yang turut serta.

Sementara itu Hishamuddin juga menafikan laporan media kononya Jepun nak tarik diri dari misi carian MH370.

Malah ,katanya, Jepun membuat permintaan diberi peluang dalam panel pakar yang akan membuat penyelidikan berkaitan MH370.-29/4/2014


Carian MH370 masuk fasa baru...tumpu bawah laut saja...kos sekitar RM180 juta


52 hari sudah berlalu...tanpa sebarang jawapan maupun sebutir serpihan MH370 ditemui di kawasan tumpuan carian di Selatan Lautan Hindi.

Kalau nak kira siapa saja boleh patah semangat.Namun Perdana Menteri Australia Tony Abbott nampaknya terus bersemangat dan berikrar untuk memberi jawapan kepada misteri kehilangan pesawat Boeing 777-200 MAS itu.

Katanya bukan sahaja keluarga malah satu dunia serta industri penerbangan inginkan jawapan apa sebenarnya terjadi.

Kata Abbott Australia tidak berhajat untuk mengecewakan harapan mereka mendapatkan jawapan itu.

Beliau menegaskan pendirian berkenaan dalam sidang akhbar bersama Pengarah JACC,Angus Houston di Canberra Isnin semasa mengumumkan pencarian MH370 akan memasuki fasa baru.

Di bawah fasa baru ini tumpuan penuh diberikan pada carian di bawah dasar laut  menerusi pengunaan alat penyelam AUV milik swasta.

Pencarian menerusi udara akan dihentikan.

Abbott kata besar kemungkinan serpihan tidak akan dapat ditemui di permukaan laut lagi.

Katanya syarikat-syarikat swasta berkenaan sedang dikenalpasti dan akan diputuskan dalam masa terdekat.

Beliau menganggarkan kos pengunaan khdimat AUV swasta untuk pencarian berkenaan ialah AUD60 juta atau sekitar RM180 juta.

Perdana Menteri Australia itu membayangkan pembiayaan  kos berkenaan mungkin dikongsi bersama oleh negara-negara terlibat.

Menurut beliau pencarian yang dijangka memakan masa enam kem lapan bulan itu akan meliputim kawasan seleuas hampir 60,000 kilomiter persegi.

Abbott berkata adalah amat mengecewakan semua pencarian menerusi udara dan bawah dasar laut setakat ini tidak menemui sebarang serpihan MH370.

Apapun katanya pasukan pencari tetap yakin MH370 berada di lokasi tumpuan carian sekarang.

Katanya mereka sangat yakin berdasarkan berdasarkan bunyi ping yang dikesan oleh kapal Ocean Field.

Angus pula memberitahu bunyi ping yang dikesan itu adalah sama yang biasanya dipancarkan oleh kotak hitam pesawat.

Setakat ini alat penyelam Bluefin-21 milik tentera Amerika telah melakukan misi carian bawah laut ke 16.-28/4/'2014

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 397  tetamu dalam talian