05Disember2019

Agenda Daily

Australia rancang belanja RM271 juta cari MH370

mh-airforceKerajaan Australia merancang akan membelanjakan sebanyak AS$84 juta untuk mencari sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Menurut dokumen yang disiarkan semalam, peruntukan tersebut terkandung dalam bajet yang akan berakhir pada 30 Jun depan.

Namun, dokumen tersebut menyatakan, kos sebenar bagi mencari MH370 itu akan bergantung kepada beberapa faktor termasuk penggunaan kapal selam dasar laut, tempoh yang diperlukan mencari pesawat tersebut dan sumbangan daripada beberapa buah negara antaranya, Malaysia dan China.

Pesawat itu hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing, China selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Ketika hilang di Laut China Selatan, pesawat itu membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Sebanyak 153 penumpang kapal itu adalah dari China.

Pesawat itu dipercayai terhempas di selatan Lautan Hindi selepas ia berpatah balik menyebabkan misi mencari MH370 dilakukan di lautan tersebut.

Namun, sehingga kini, tiada sebarang serpihan pesawat ditemui di selatan Lautan Hindi. - Agensi

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 303  tetamu dalam talian