08Disember2019

Agenda Daily

Australia bina model kawasan MH370 hanyut berdasarkan geografi

Australia sedang menyiapkan model corak hanyutan baharu bagi memperluaskan kawasan geografi yang mungkin menjadi lokasi serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 terdampar.

“Kami ketika ini sedang berusaha untuk melihat sekiranya kami boleh mendapat satu model hanyutan terkini bagi satu kawasan lebih luas yang menjadi kemungkinan lokasi serpihan MH370 terdampar,’’ kata Pengarah Program Operasi Pencarian MH370 Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Peter Foley, di sini, hari ini.

Analisis awal sebelum ini mencadangkan, serpihan pertama pesawat itu mungkin terdampar di kawasan Sumatera Barat di Indonesia selepas kira-kira 123 hari.

Foley berkata, pusat penyelidikan itu menerima laporan tentang serpihan yang terdampar di pantai Australia sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu, namun semunya bukan berasal daripada MH370.

Model hanyutan itu bakal membantu usaha pencarian pesawat MH370 sama ada di permukaan mahupun di dasar laut yang dipercayai hilang di Lautan Hindi pada 8 Mac lalu bersama 239 orang penumpang.

Ketua Suruhanjaya ATSB, Martin Dolan semalam menafikan dakwaan berlaku percanggahan dalam kalangan lima kumpulan yang membentuk pasukan pencarian antarabangsa itu.

Selain ATSB, pasukan pencarian turut disertai Boeing Co dari Amerika; Thales dari Perancis; Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) Amerika Syarikat (AS) serta Pertubuhan Teknologi dan Pertahanan Australia.

Pasukan itu bersetuju tentang kemungkinan kawasan pencarian seluas kira-kira 600 kilometer panjang dan 90 kilometer lebar di barat Perth dengan satu laporan terbaharu yang dikeluarkan bulan lalu memperincikan dua lagi kawasan di selatan Lautan Hindi.-27/11/2014

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 289  tetamu dalam talian