26Januari2020

Agenda Daily

260 individu sudah diambil keterangan bantu siasatan MH370 - Khalid Abu Bakar

khalid-polisKetua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis sudah mengambil keterangan 260 individu bagi membantu siasatan berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Katanya lebih ramai lagi akan dipanggil untuk berbuat demikian dalam masa terdekat.

"Saya minta maaf kerana saya tidak boleh memberitahu anda mengenai penemuan siasatan setakat ini. Pertama, kerana ini berkaitan siasatan jenayah, keduanya, apabila kita mengatakan sesuatu, orang ramai mula membuat spekulasi. Jadi lebih kami teruskan siasatan kami sehingga ada penemuan munasabah dan baik untuk dimaklumkan kepada orang ramai," katanya.

Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pemakaian Pangkat Komandan Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) kepada Paul Lajumin, sukarelawan polis yang dinaikkan pangkat kepada Penguasa, di Kota Kinabalu Ahad.

Menurut Khalid kes kehilangan MH370 itu diklasifikasi sebagai kes jenayah mengikut Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan yang merangkumi aspek sabotaj, rampasan dan seumpamanya.

Sementara itu mengulas kes seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditahan di Amerika Syarikat (AS) kerana cuba menyeludup keluar senjata api, Khalid berkata pihaknya akan mendapatkan laporan penuh daripada pihak berkuasa AS.

"Kami berminat untuk mengetahui apa niat dan tujuannya menyeludup pistol PT-22 itu," katanya.

Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan pegawai TUDM berpangkat Mejar itu ditahan pihak berkuasa San Angelo susulan penemuan pistol tersebut di dalam beg pakaiannya.-20/4/2014

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 258  tetamu dalam talian