25Mei2019

Tahanan Amerika di Korea Utara mungkin dibebaskan

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis membayangkan kemungkinan tiga tahanan warga Amerika di Korea Utara dibebaskan, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.

"Seperti yang semua orang tahu, pentadbiran sebelum ini sudah lama meminta agar ketiga-tiga tahanan dibebaskan dari sebuah kem buruh di Korea Utara, namun tidak berhasil. Jadi, tunggu!" kata Trump melalui akaun Twitter.

Mesej beliau dibuat susulan satu laporan bahawa Korea Utara telah memindahkan tiga tahanan warga Amerika dari sebuah kem buruh ke sebuah hotel di pinggir Pyongyang menjelang sidang kemuncak yang bakal berlangsung antara pemimpin Kim Jong-un dan Trump.

Warga Amerika terbabit -- Kim Hak-song, Tony Kim dan Kim Dong-chul -- dipindahkan pada awal April susulan arahan daripada pegawai atasan pihak berkuasa, kata Choi Sung-yong, ketua kumpulan mewakili keluarga rakyat Korea Selatan yang diculik oleh Korea Utara, memetik kenyataan seorang penduduk Pyongyang.-3/5/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 406  tetamu dalam talian