19Mac2019

Rombakan Kabinet Singapura...

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengumumkan beberapa rombalan dalam kabinet yang antara lain menyaksikan persaraan tiga orang menteri.

Tiga menteri yang akan berundur ialah Lim Hng Kiang (Menteri Perdagangan dan Perindustrian), Lim Swee Say (Menteri Tenaga Kerja) dan Dr. Yaacob Ibrahim (Menteri Komunikasi dan Penerangan).

Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada Hng Kiang, Swee Say dan Dr. Yaacob atas khidmat dan sumbangan mereka  dalam pelbagai portfolio selama bertahun-tahun, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Lee juga menaikkan pangkat tiga pemegang jawatan dan melantik empat penyokong kerajaan ke jawatan baharu politik.

"Semua rombakan tersebut berkuatkuasa dari 1 Mei 2018," kata kenyataan itu.-25/4/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 479  tetamu dalam talian