15September2019

Robot mula ganti tugas kakitangan bank

Pihak pengurusan Bank St. Galler Kantonal (SGKB) di Switzerland melakukan satu transformasi dengan menggantikan tugas tujuh orang pekerjanya dengan lima unit robot yang dikatakan boleh membantu mempercepatkan aliran kerja dengan lebih efektif.

Pengurus besar SGKB, Felix Buschor berkata, projek perintis yang dilaksanakan oleh syarikatnya itu membolehkan robot tersebut melaksanakan tugasan seperti pekerja manusia namun, boleh bekerja sehingga 24 jam seminggu tanpa henti sekali gus meningkatkan produktiviti.

“Para pekerja juga risau akan kehilangan pekerjaan apabila robot mengambil alih tugas mereka. Bagaimanapun, pekerja tidak perlu risau kerana kini mereka boleh bekerja bersama teknologi baharu,” katanya.

Tambahnya, ujian terhadap robot tersebut telah dijalankan pada tahun lepas pihak SGKB juga berhasrat untuk mengambil lebih banyak robot pada akhir bulan ini.

Menurut satu laporan, sebanyak 800 juta pekerja dalam pelbagai sektor bakal digantikan dengan robot dalam tempoh 13 tahun.-7/5/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 276  tetamu dalam talian