12November2019

Agenda Daily

Putin terus berkuasa sehingga 2024...

Vladimir Putin menerima mandat untuk mentadbir Rusia selama enam tahun lagi selepas menang besar dalam pilihan raya Presiden, namun, setakat ini hanya sekutu-sekutu rapatnya mengucapkan tahniah kepada beliau ketika hubungan Moscow dan Barat merudum.

Putin yang memerintah Rusia selama hampir dua dekad, mencatatkan prestasi terbaik beliau dalam pilihan raya kali ini selepas memperoleh 76.67 peratus undi tetapi menolak kemungkinan untuk berkuasa seumur hidupnya.

Pembangkang berkata, keputusan pilihan raya itu diseleweng termasuk kes pengundi memang­kah berbilang kertas undi dan dakwaan penipuan lain ketika Kremlin ber­usaha mendapatkan pe­ratusan keluar undi yang tinggi untuk memberikan kewajaran kepada penggal keempat peme­rintahan bersejarah Putin.

Putin yang melanjutkan kuasanya sehingga sekurang-kurangnya tahun 2024 dan merupakan pemimpin paling lama memerintah Rusia selepas Joseph Stalin, menafikan mahu menjadi Presiden seumur hidupnya.

“Dengar kata-kata saya. Saya beranggapan apa yang anda katakan agak lucu,” katanya kepada pemberita kelmarin ketika ditanya adakah beliau melihat dirinya akan bertanding lagi pada tahun 2030.

“Apa, saya akan duduk di sini (kerusi Presiden) sehingga saya berusia 100 tahun? Tidak.” ujarnya.

Putin bertanding me­lawan tujuh calon lain dalam pilihan raya itu tetapi pengkritiknya yang paling lantang, Alexei Navalny dilarang daripada menjadi calon atas faktor undang-undang.

“Saya melihat dalam (keputusan) ini wujud keyakinan dan harapan rakyat,” kata Putin ketika berucap kepada ribuan penyokongnya di sebuah dataran berhampiran Kremlin menje­lang kemenangannya.

Peratusan pengundi adalah lebih 67 peratus selepas pihak berkuasa menggunakan taktik ganjaran dan ugutan bagi me­ningkatkan bilangan pengundi dalam pilihan raya tersebut.

Pertandingan swafoto, pemberian hadiah, festival makanan dan penghibur kanak-kanak dipersembahkan di pusat-pusat pengundian dalam usaha mewujudkan suasana festival sepanjang pilihan raya.

Namun, kakitangan kerajaan dan pekerja swasta melaporkan bahawa mereka menerima tekanan supaya keluar mengundi.-20/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1199  tetamu dalam talian