21April2019

Garisan misteri apa pulak dah...

Sekumpulan pemburu makhluk asing menemui satu garisan gergasi lurus sepanjang 20,921 kilometer di atmosfera Bumi sewaktu menggunakan aplikasi Google Earth.

Garisan pelik itu seolah-olah kesan penerbangan sebuah kapal terbang tetapi ia lebih panjang dengan menghubungkan kawasan Antartika dan Kutub Utara.

Rakaman itu dimuat naik ke akaun YouTube, SecureTeam 10 yang mendakwa kejadian itu bukan suatu yang dicipta oleh sebuah kapal terbang.

“Peta ini dan pada jarak ini hanya memberikan kami imej formasi awan gergasi dan cuaca di sekeliling Bumi. Apa yang membentuk formasi awan ini sudah semestinya bersaiz besar.

“Ia juga perlu memiliki keupayaan untuk bergerak dari Antartika ke Kutub Utara tanpa henti serta tidak mengubah haluan.

“Ia perlu dilakukan dengan kadar pantas untuk menghasilkan garisan awan sempurna seperti melintasi Bumi dalam beberapa minit,” kata kumpulan itu

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1006  tetamu dalam talian