15Ogos2020

Agenda Daily

Fenomena 'Raksasa dari Timur’ bunuh ribuan tapak sulaiman

Beribu-ribu tapak sulaiman ditemui terdampar di pantai Ramsgate di sini yang dipercayai berlaku selepas haiwan marin tersebut dihanyutkan akibat cuaca sejuk melampau yang dikenali sebagai ‘Raksasa dari Timur’.

Fenomena luar biasa itu menyebabkan sebahagian besar kawasan pantai berkenaan dilitupi bangkai tapak sulaiman bersama beberapa spesies ikan dan udang kara.

Seorang jurugambar, Lara Maiklem, 47, bersama dua anak kembarnya cuba menyelamatkan seberapa banyak tapak sulaiman itu dengan mengembalikan haiwan itu ke dalam air laut.

Maiklem turut berkongsi gambar fenomena tapak sulaiman terdampar di laman Facebook London Mudlark yang mempunyai seramai 30,000 pengikut.

Menurutnya, tapak sulaiman dipercayai terdampar di Ramsgate hingga ke sejumlah pantai di Broadstairs sejauh kira-kira 3 kilometer.-6/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 368  tetamu dalam talian