15November2019

Agenda Daily

Arab Saudi perlukan tenaga nuklear...

Arab Saudi tidak bergantung sepenuhnya kepada Amerika Syarikat sekiranya enggan bekerjasama berhubung potensi teknologi tenaga nuklear kerana bimbang ia berkembang di luar kawalan," kata Menteri Tenaga kerajaan itu, Khalid al-Falih, dalam satu wawancara.

"Jika AS tidak bersama kami, mereka akan terlepas peluang untuk mempengaruhi program itu dengan cara yang positif," kata Falih selepas beliau dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman bertemu dengan Presiden Donald Trump, Setiausaha Tenaga, Rick Perry dan pegawai lain berhubung pelbagai isu minggu ini.

Difahamkan Perry secara senyap bekerjasama dengan Arab Saudi membabitkan perjanjian nuklear awam yang membolehkan kerajaan itu memperkayakan uranium dan mengolah semula plutonium.

Namun teknologi itu dibantah pembangkang yang bimbang ia akan menjadi tapak rahsia untuk menghasilkan bahan untuk senjata nuklear.

Kerajaan itu juga sedang berbincang dengan syarikat dari Russia, China, Korea Selatan dan negara lain ketika gesaan untuk membina dua reaktor di Arab Saudi semakin memuncak.

Arab Saudi berkata ia memerlukan kuasa nuklear untuk beralih dari pembakaran minyak mentah kepada menjana tenaga elektrik dan mempelbagaikan ekonomi.

Awal bulan ini, kabinetnya meluluskan program dasar negara yang mengehadkan aktiviti nuklear untuk tujuan damai.

Beberapa penganalisis nuklear percaya, Arab Saudi tidak mungkin memilih untuk bekerja dengan Russia kerana ia mempunyai perkongsian dengan projek nuklear di Iran.-23/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 257  tetamu dalam talian