16November2019

Agenda Daily

Arab Saudi diserang peluru berpandu... seorang maut

Seorang terbunuh manakala dua lagi cedera dalam serangan peluru berpandu balistik pada Ahad di ibu kota Arab Saudi, Riyadh, yang dilancarkan oleh militia Houthi dari Yaman, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan agensi Pertahanan Awam Arab Saudi.

''Serpihan peluru berpandu terjatuh ke arah sebuah rumah di Riyadh, menyebabkan seorang maut dan mencederakan dua lagi. Kesemua mangsa adalah dari Mesir,'' menurut seorang jurucakap pertahanan awam Riyadh dalam satu kenyataan pada Isnin.

Stesen televisyen rasmi Arab Saudi melaporkan bahawa puak Houthi dari Yaman telah menembak dua butir peluru berpandu ke arah negara itu pada lewat Ahad dan pihak pertahanan udara Arab Saudi telah memintas sebutir daripadanya di Riyadh serta satu lagi di Jazan berhampiran sempadan dengan Yaman.

Penduduk Riyadh telah mendengar beberapa letupan kuat.

Ini bukan kali pertama puak Houthi menembak peluru berpandu ke arah Arab Saudi.

Pada November 2017, pertahanan udara Arab Saudi telah menembak jatuh sebutir peluru berpandu balistik yang ditembak puak Houthi ke arah Lapangan Terbang Antarabangsa Riyadh.

Pada Disember, mereka telah melancarkan sebutir peluru berpandu ke arah istana diraja Arab Saudi di Riyadh.

Pada Mac 2015, Arab Saudi memimpin sepasukan tentera gabungan yang disokong oleh Amerika Syarikat untuk campur tangan dalam konflik Yaman bagi menyokong kerajaan pimpinan Pesiden Abd-Rabbu Mansour Hadi yang kini dalam buangan.

Pasukan gabungan itu telah melancaran beribu-ribu serangan udara ke atas puak Houthi dalam usaha mengusir kumpulan pemberontak itu dan memulihkan kepimpinan Hadi di Sanaa.

Puak Houthi telah melancarkan beratus-ratus peluru balistik ke arah bandar-bandar di Arab Saudi, dan kebanyakan daripadanya dipintas oleh pasukan pertahanan udara Arab Saudi.-27/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1358  tetamu dalam talian