25September2020

Agenda Daily

Ukraine perang saudara selepas kumpulan dibiayai Soros menang

Malaysia akan dilanda krisis politik dan kegawatan ekonomi berpanjangan sekiranya gerakan menjatuhkan kerajaan yang didalangi penya­ngak mata wang berketurunan Yahudi, George Soros berjaya mencapai matlamatnya.

Pengendali laman blog LSS Report, Lim Sian See mendakwa, situasi itu berlaku di Ukraine setelah Open Society Foundation (OSF) yang dipengerusikan Soros membiayai program yang dinamakan The New Ukraine.

Menurut beliau, krisis yang melarat menjadi perang saudara itu meragut sekurang-kurangnya 8,000 nyawa dan mengakibatkan ekonomi Ukraine jatuh merudum.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan tindakan yang betul apabila menahan pemimpin-pemimpin Bersih 5.0 dan kumpulan Baju Merah lebih awal.

“Langkah itu bertujuan mengasingkan kedua-dua pihak bagi mengelakkan konflik seperti yang berlaku di Ukraine tercetus di negara ini,” katanya melalui laman blog tersebut, http://limsiansee.blogspot.my semalam.

Analisis Sian See berhubung peranan OSF dalam gerakan menjatuhkan kerajaan di seluruh dunia seperti yang didedahkan Wikileaks baru-baru ini turut disiarkan oleh portal Malaysia Outlook, http://www.malaysiaoutlook.com.

Beliau menambah, dakwaan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa tentang kaitan Bersih dengan Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) adalah berasas.

Sian See memberitahu, Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah pernah mengakui pertubuhan itu menerima dana daripada National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI).

“Memandangkan NDI dibiayai sepenuhnya oleh National Endowment for Democracy (NED), dana yang diterima Bersih boleh dianggap disalurkan oleh NED yang dipercayai ada kaitan de­ngan CIA,” jelasnya.-29/11/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 361  tetamu dalam talian