18Julai2019

MCA, Gerakan hanyalah copycat kepada DAP

mcalogo100BN memasuki Pilihanraya 2008 dengan keyakinan tinggi dalam suasana kebebasan baru berasaskan kemenangan cemerlang 2004. Maka itu parti parti komponennya terutama  MCA dan  GERAKAN percaya bahawa mereka akan  mendapat keyakinan lebih tinggi  masyarakat  Cina atas persaingan dengan  DAP diatas landasan perkauman.

Tetapi apa yang dilakukan mereka adalah  gambaran kehilangan keyakinan diri. MCA dan GERAKAN gerun dan gentar melihat ancaman  DAP  dan wartawan wartawan di NST, The Star dan juga akhbar akhbar  Cina yang senada dalam  membantu DAP di bawah  kebebasan baru.

Kebebasan telah memperlihatkan luahan berani  perasaan terpendam  orang Cina dan India  terutama yang berada di dalam akhbar akhbar Cina dan Inggeris dari  tekanan perasaan adanya  Kedaulatan Raja, Kedudukan Islam dan Hak Bumiputera.

Antara apa yang dilakukan oleh mereka tanpa menghiraukan perasaan orang Islam dan Melayu  dalam pilihanraya ke 12 ialah  siaran gambar kartoon Nabi  Muhamad SAW yang di ulang ulang  oleh NST ,kelemahan PLKN (Program Latihan Negara ) di perbesar-besarkan seolah olah ada tekanan terhadap bukan Melayu,buku 13 Mei  yang ditulis oleh orang DAP dipromokan dengan mendakwa kerajaan mengharamkannya ( Ini kerja The Star) dan berbagai bagai lagi isu sensitif.Reaksi marah orang Melayu menambahkan populariti DAP.

The Star merasa selamat untuk mempermainkan isu  isu ini dengan lebih bijak  dan halus oleh kerana NST sebagai  akhbar UMNO sendiri  telah menjuarainya. Ia mengambil Q dari NST.

Pindaan Perlembagaan  terhadap Akta Hasutan selepas 13 Mei untuk melindungi parti parrti komponen Perikatan yang dihasratkan oleh Menteri Dalam Negeri Tun Dr Ismail tidak lagi berkesan malah MCA dan MIC turut bermain di dalamnnya

Tetapi bagi masyarakat Cina, apa gunanya mereka memileh MCA atau GERAKAN  yang hanya menjadi COPYCAT kepada DAP, yang cuba untuk hidup diatas  isu isu popular dan perkauman DAP. Tentunya DAP lebih  bebas untuk  menunjukan kelebihannya,lebih agresif ,lebih berani,lebih berinisiatif  dan lebih dirasakan keikhlasan dan kesungguhannya oleh masyarakat Cina kerana apa yang diperjuangkannya adalah prinsip asalnya.

DAP mendedahkan belang sebenarnya masyarakat Cina termasuk  yang tersembunyi memendam rasa dalam MCA selama lebih 40 tahun.

Apakah yang telah  MCA dan GERAKAN dapat dari sanada dengan DAP dalam kempen pilihanraya 2008 dan juga dalam 2013. Kerusi MCA merosot dan GERAKAN kehilangan kuasa di Pulau Pinang ,MCA lumpuh  dalam Pilihanraya 2013 kerana dilihat bukan lagi dirinya sendiri,bukan peribadinya,sebalinya sebuah parti yang hilang arahdan identiti.

Tetapi apakah MCA dan GERKAN  belajar dari kesilapan ini?

Tidak samasekali sebaliknya MCA masih cuba untuk terus bersaing  dengan DAP dan dalam ketakutan turut mempertahankan akhbar akhbar Cina yang sejak merdeka  tidak pernah berganjak dari memperjuangkan kepentingan pelajaran ,kebudayaan Cina dan pengasingan orang Cina dari aliran  perdana negara ini (Kecuali Lee Kuan Yew yang dapat mengajar mereka bahawa sebenarnya mereka berada di Singapura dan bukan di Taiwan, Hong Kong atau China )

Yang paling terkini dapat dilihat  apabila Presiden MCA Chua Soi Lek ikut dalam  arus  nasional  membantah  kepulangan  abu pengganas komunis  Chin Peng  ke negara ini tetapi ada pemimpin MCA lebih melampau dari DAP dengan membangkitkan tentang melitan Islam yang dibunuh di luar negara di benarkan di bawa pulang ke negara ini.

Seorang Pegawai  Biro Penerangan MCA, Datuk Heng Kie bercakap seperti tidak mengetahui sejarah bahawa pemimpin pertama  MCA Tan Cheng Lock juga telah cuba di bunuh oleh pengganas komunis dan dia juga tidak berfikir  bahawa jenazah militan Islam yang di kebumikan di sini  tidak melakukan keganasan berpuluh tahun terhadap rakyat negara ini untuk menjadi dendam kesumat bagi membangkitkan kemarahan bila di bawa pulang.

Apabila akhbar akhbar  Cina mempertikaikan Stratiji Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib  baru baru ini ,seorang pemimpin MCA  telah mempertahankan mereka dari kritikan UMNO.

UMNO  mesti bersikap tegas terhadap MCA kerana MCA pun bukanlah lagi merupakan parti yang mewakili orang Cina sebaliknya melukut di tepi gantang.Kehilangan Pulau Pinang kepada DAP pun tidaklah wajar di kesalkan sangat  kerana semasa BN berkuasa pun ia di kuasai oleh parti GERAKAN  yang  asalnya pun  sedarah dengan DAP.

Apabila berlaku  13 Mei, sebenarnya  maysarakat  Cina telah ditolak lebih 15 tahun kebelakang kerana ia membangkitkan dinamisme orang Melayu dan pemimpin pemimpin mereka yang tidak kehilangan perhetongan sebaliknya merangka stratiji yang adil ,bijak dan konstruktif bagi mempercepatkan kemajuan orang Melayu di berbagai bidang.

Orang Melayu bukanlah suatu bangsa yang bodoh kerana   mereka telah dapat mengekalkan pemerentahan beraja yang demokratik selama lebih 50 tahun.

MCA harus tetap diatas pendirian  untuk tidak sertai kerajaan. Suatu keputusan Presiden MCA yang sangat wajar untuk masa depan orang Cina. Sikap ini akan dapat mengajar orang Cina untuk merasa dan mengisafi  apa yang mereka hilang tanpa perwakilan Cina dalam kerajaan untuk selama empat tahun akan datang.

Dalam pada itu MCA harus mengkaji semula apakah keuntungannya dengan terus menjadi copycat kepada DAP yang tidak memberikan keuntugan kepadanya sebaliknya semakin menghakiskan maruahnya dan menjadikannya sebagai parti yang tidak lagi berpengaruh di negara ini.-25/9/2013 http://zamkata.blogspot.com/2013/09/mca-gerakan-hanyalah-copycat-kepada-dap.html

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 242  tetamu dalam talian