25September2020

Agenda Daily

Hebat Konvensyen Pemuda PAN, tak terbilang ramainya!

Parti PAN mengadakan konvensyen pertama partinya di Pusat Konvensyen Shah Alam. Sebelum itu Pemuda PAN telah mengadakan Konvensyen Pertamanya 9 Disember 2016 di Bilik Seminar Parti PAN. Saya akan fokus untuk artikel ini berkenaan Konvensyen Pemuda PAN.

Kita dilaungkan kononnya anak muda meninggalkan parti PAS menyertai parti PAN. Pemimpin PAN menghebahkan kononnya penyertaan parti PAN meningkat sampai 80,000 orang dan ramai anak muda bersama mereka.

Mereka mengejek dan menghina PAS kononnya parti ini akan mati dan lenyap disebabkan ramai ahli-ahlinya telah meninggalkan parti.

Parti PAN ni kalau tak bohong atau tak fitnah maka tak ada aktiviti. Untuk menunjukkan mereka mendapat sambutan mereka berbohong dan buat fitnah.

Memang lumrah dunia, orang yang berbohong akhirnya Tuhan akan tunjukkan pembohongan mereka.

Hari ini, parti yang ada ahli 80,000 orang kononnya; mengadakan konvesyen Pemuda dengan kehadiran macam mesyuarat cawangan. Sekadar duduk rapat di kerusi dengan bilangan tak lebih daripada 38 orang.

Semuanya bersantai, semacam dengar taklimat. Tak ada kupiah (lebai) setelah menjadi khadam DAP; hanya pengerusi sahaja bersongkok. Fail diletak di atas riba sahaja.

Fakta sebenar

Masyarakat menyedari hala tuju parti PAN sangat celaru, dimana pemimpin mereka telah mengkhianati parti asalnya PAS setelah perwakilan menolak mereka dalam Muktamar Pemilihan. Tohmahan-tohmahan selamat terbukti tidak benar dan kehadiran mereka membantu UMNO untuk kekal lebih lama kerana mereka kini menjadi tongkat UMNO untuk menjatuhkan PAS.

Anak muda makin hari makin cerdik mereka tidak tertipu dengan pengkhinat dalam gerakan Islam.

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 573  tetamu dalam talian