
- 18 Mei 2011
Memartabat Bahasa Melayu...jangan biar TPM keseorangan
Pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mengenai langkah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pelbagai acara antarabangsa di negara ini kelak, kurang mendapat 'sambutan'.
Dikatakan 'kurang sambutan' kerana tidak banyak pihak yang menyambut

- 26 April 2011
Yayasan Selangor oh Yayasan Selangor.....
Baru-baru ini, apabila terbaca laporan mengenai akaun merah Yayasan Selangor sebanyak RM7.41 juta sehingga akhir tahun lalu, air mata terus terjurai mengenangkan nasib yayasan berkenaan. Ini kali kedua saya bersedih dan tersedu melihat nasib yang menimpa organisasi yang pernah memberi perlindungan kepada saya dan ribuan anak kampung yang lain.
Kali pertama kita-kira lapan bulan lalu ketika saya sedang terlantar di Hospital Serdang dan terbaca mengenai kolej yayasan di Kuala Selangor yang ditutup dengan alasan tidak menguntungkan. Kini, Yayasan menanggung kerugian pula....

- 30 Januari 2011
Terkenang peristiwa menggoreng pisang di wad….
Pada suatu petang, sedang hujan turun dengan lebatnya, teringin sangat nak menggoreng pisang. Kebetulan ada pisang nipah yang sudah kekuning-kuningan. Apa lagi - gorenglah. Walaupun berkerusi roda sejak sakit pertengahan tahun lalu, setakat

- 07 Februari 2011
Peristiwa di Mesir menghimbau kenangan...
Catatan perjalanan negeri melalui 30 sekatan dalam perjalanan 30 kilometer tetapi. mengambil masa 150 jam oleh wartawan Agendadaily di Kaherah Mesir membuatkan saya tidak dapat lena awal Sabtu malam lalu.
Catatan Helme Hanafi itu ada ketikanya
- 24 Januari 2011
Kerana mangga dagangan siibu muda murah, akhirnya dibeli juga
Menyertai arena politik secara kebetulan dan sekadar memenuhi ajakan kawan-kawan telah membuka ruang baharu dalam hidup saya. Bermula hanya sebagai ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bandar Baru Bangi pada tahun 1985 telah membawa perubahan corak dan gaya hidup 10 tahun kemudian apabila saya dipilih menjadi Ahli Parlimen Hulu Langat.