19Mac2019

Zamani Slam ditahan polis kerana disyaki menagih dadah

Vokolis kumpulan Slam, Zamani, 43 yang 'hilang' dari dunia hiburan secara tiba-tiba sejak tujuh lapan tahun lalu, pagi ini mengejutkan peminat selepas berita beliau ditangkap kerana memiliki dadah tersebar.

Beliau ditahan bersama seorang wanita, 32,  di kediamannya di Taman Keramat Ampang kerana memiliki satu paket dadah jenis heroin, 12.30 tengah malam tadi.

Menurut sumber, dadah seberat 1.2 gram itu ditemui di atas tilam di dalam bilik.

"Hasil soal siasat penyanyi itu mengaku terbabit dalam aktiviti penagihan dadah jenis syabu dan heroin sejak 10 tahun lalu dan membelinya daripada seorang lelaki yang turut berjaya ditangkap polis di Hulu Kelang.

"Ketika serbuan kenalan wanitanya turut berada di kediaman itu dan hasil ujian air kencing positif dadah," katanya.

Difahamkan beliau mengaku bahawa beliau terlibat dengan aktiviti penagihan dadah jenis syabu dan heroin sejak 10 tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairuldin Saad mengesahkan penahanan suspek dan akan memohon reman hari ini.

Zamani kali terakhir muncul dengan album solo lagu Syair Si Pari-Pari yang popular pada tahun 2001. Tiga tahun kemudian, Zamani lenyap entah ke mana. Sunyi tanpa sebarang khabar berita.

Macam-macam cerita yang timbul apabila dia ghaib dalam persada seni ini. Ada khabar baik dan ada juga cerita yang kurang menyenangkan bermain di bibir peminat mengenai Zamani yang sekaligus memperlihatkan sisi negatifnya. Semuanya memerlukan penjelasan dari empunya badan itu sendiri.

Zamani dan Slam mula popular selepas album kedua mereka `Kesan Terbukti` meletop.

Album tersebut memuatkan seperti Tak Mungkin Berpaling dan Kembali Terjalin.

Kemudian mereka terus mengorak langkah dengan lagu-lagu hits yang lain seperti Jika Kau Rasa Getarnya, Rindiani dan lagu malar segar Gerimis Mengundang.-21/1/2015

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 503  tetamu dalam talian