20November2019

Agenda Daily

Syamsul Debat nafi tuduhan skandal

Personaliti program motivasi dan keagamaan, Syamsul Amri Ismail menafikan tuduhan yang mengaitkan beliau mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita seperti mana yang disiarkan media semalam.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Syamsul Debat, 41, melahirkan rasa terkejut selepas dihujani pelbagai pertanyaan daripada anggota keluarga sebaik saja pulang dari Tanah Suci Makkah, semalam.

"Saya tidak tahu (kandungan laporan polis itu), cuma saya berdasarkan laporan akhbar yang menyebut dan meletakkan gambar saya, merujuk kepada saya dan meletakkan biodata dan profil saya. Itu pada saya agak (tidak kena). Sebab itu saya panggil sidang media untuk penafian ini.

"Laporan akhbar tulis ada laporan polis dibuat di Johor Bahru dan kita pun tak tahu siapa, lelaki ke perempuan ke, (dan) orang yang buat tuduhan dan saya tak boleh kata apa cuma kalau tuduhan itu kata libat isteri orang, saya menafikan. Apa tuduhannya pun kita tak jelas," katanya kepada pemberita dalam sidang media pada Isnin.

Semalam media melaporkan seorang pendakwah terkenal disiasat atas dakwaan terlibat skandal dan mengganggu isteri orang.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin dipetik sebagai berkata, siasatan itu dilakukan selepas polis menerima laporan yang dibuat seorang pengadu di sebuah balai polis di Johor, baru-baru ini.

Syamsul Amri berkata beliau setakat ini belum pun dipanggil polis untuk memberi keterangan.

"Laporan media itu seolah-olah saya dah disoal siasat, jadi tidak tepatlah. Saya menafikan. Saya tak tahu apa punca tuduhan ini dan kenapa saya? saya kena bersihkan nama saya," katanya.

Syamsul Amri berkata pihaknya turut mempertimbangkan tindakan undang-undang kepada media yang telah mengeluarkan kenyataan mengelirukan dalam kes terbabit.

"Saya mohon media berkenaan buat permohonan maaf kepada saya dan keluarga saya dan itu sewajarnya... dengan tahap sekarang ini, kita tak tahu apa laporan itu, (sama ada) betul ke tak betul ke hujung pangkal.

"Buat masa ini laporan polis dah dibuat dan saya sedia beri keterangan," katanya.-27/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1027  tetamu dalam talian