21November2019

Agenda Daily

Seniman sedia bantu Farid Kamil dalam pelbagai aspek

Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) sedia membantu pelakon dan pengarah filem terkenal Datuk Farid Kamil Zahari dalam pelbagai aspek termasuk khidmat kaunseling sekiranya diperlukan.

Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah berkata persatuan turut memohon semua pihak agar berhenti membuat sebarang spekulasi berikutan penahanan pelakon itu berhubung kes menampar seorang anggota polis dan menendang dua orang awam, Khamis lepas.

"Orang ramai harus beri ruang pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan tanpa sebarang gangguan. Kita juga harus menghormati serta memberi sedikit ruang buat keluarga Farid untuk menyelesaikan perkara ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jumaat lepas, Farid yang diwakili Peguam Athari Bahardin ditahan reman empat hari sehingga hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes itu. Perintah reman terhadap Farid dilanjut sehari lagi hari ini.

Sementara itu menurut Hafiz, Seniman akan melakukan siasatan terperinci berkenaan dakwaan pelbagai masalah dihadapi artis di set penggambaran misalnya waktu bekerja lebih masa dan layanan tidak setimpal pihak produksi.

Menurutnya Seniman juga akan menyiapkan satu garis panduan berkaitan bidang tugas artis sebagai usaha meningkatkan tahap profesional mereka mengikut hak-hak sebagai seorang pekerja di dalam industri kreatif negara.

"Dalam sedikit masa lagi Seniman akan umumkan berkenaan garis panduan itu, dan kami berharap ia dapat diguna pakai oleh semua syarikat produksi dan pihak yang menjalankan sebarang aktiviti berkaitan industri kreatif di negara ini," tambahnya.-16/1/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 291  tetamu dalam talian