19Mac2019

Saya masih muda... belum masa nak bercinta kata Elizabeth Tan

Penyanyi cantik bertubuh tinggi lampai, Elizabeth Tan Su Mei atau nama manjanya Lizzy mengajak peminatnya segera ke pawagam.

Ini kerana filem pertama lakonannya berjudul Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium arahan Mamat Khalid kini hangat ditayangkan di seluruh pawagam tanah air.

“Jangan tak tengok tau. Inilah first time Lizzy berlakon. Lizzy perlu banyak lagi untuk belajar.

“Lizzy masih lagi dalam proses pembelajaran dan bersedia menerima apa jua pandangan daripada penonton. Mungkin selepas ini, Lizzy akan mengikuti kelas lakonan untuk mengasah bakat dalam bidang ini.

“Walaupun saya terlibat dalam dunia lakonan, namun bidang nyanyian masih lagi menjadi keutamaan Lizzy. Malah Lizzy bangga kerana kelahiran single terbaru yang akan dilancarkan,” kata penyanyi lagu Knock! Knock! ini.

Selain mahir bermain ukulele, anak bongsu daripada tiga beradik ini, berkata pembabitanmya di persada seni bukan mencari kontroversi maupun gemar bergosip.

Namun mahu tidak mahu, nama artis berusia 22 tahun ini dikaitkan sebagai wanita yang menganggu hubungan cinta di kalangan selebriti.

“Lizzy enggan memikirkan perkara itu kerana yakin tidak melakukan sebarang kesalahan.

"Lizzy seboleh-bolehnya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan gosip tetapi ia terjadi juga malah banyak pula cerita kurang enak yang keluar.

"Mula-mula takut dengan situasi itu tetapi saya buat tidak tahu sahaja kerana tidak melakukan sebarang kesalahan," kata Lizzy yang mula pupular dengan lagu Knock Knock.

Ketika ini penyanyi ini meluahkan perasaan lega apabila gosip mengatakan dia menjadi punca keretakan hubungan penyanyi Adira dan bekas tunangnya, akhirnya lenyap.

Mengenai soal cinta, anak kelahiran Taman Melawati, Kuala Lumpur, ini berkata biarpun ada lelaki cuba mendekatinya tetapi dia belum bersedia untuk bercinta.

"Saya masih muda dan karier adalah keutamaan saya buat masa ini," katanya teruja dengan peranannya dalam fiken Ucop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium.

Meminati dunia lakonan sejak kecil menganggap  tawaran berlakon menjadi kenangan kepadanya.

“Bagaimanapun Lizzy sedar menjadi seorang pelakon bukan mudah selain memerlukan persediaan untuk menghayati watak diberikan.

"Biarpun berlakon itu tidak mudah sebenarnya tetapi Lizzy  seronok dikelilingi oleh individu berpengalaman khasnya Usop Wilcha yang banyak membantu sepanjang penggambaran berlangsung," kata peminat lagu Selamat Hari Raya nyanyian biduanita negara, allahyarham Paun Sri Saloma.

Menyentuh karier lakonan  penyanyi ini berharap dapat diberi peluang berlakon dalam filem aksi.

"Kalau boleh hendak berlakon dalam filem aksi tetapi bukan sekarang kerana saya perlu buat persediaan terlebih dahulu seperti memasuki kelas lakonan.

"Lakonan  bidang yang cukup luas. Kalau boleh selepas ini saya ingin cuba watak lebih berbeza khususnya dalam filem atau drama berbahasa Inggeris.

"Sekarang saya fokus kepada karier nyanyian sahaja," katanya yang juga seorang model.

Elizabeth yang kini bernaung dengan syarikat rakaman miliki penyanyi Faizal Tahir iaitu Faithful Music Malaysia, selain merakamkan single lagu Knock! Knock!, dia juga merakamkan lagu Maafkan Aku dan lagu Magic!

Mendapat didikan di kolej Dallas, Amerika Syarikat selama dua tahun, sebenarnya memuja artis kesukaannya Yuna selain menyayangi haiwan kesayangannya, kucing.

“Lizzy sebenarnya mengakumi kebolehan dan bakat semula jadi penyanyi Faizal Tahir. Dia memberi inspirasi besar buat Lizzy. Bukan itu saja, peribadinya  yang sangat rendah diri dan bersikap terbuka.

"Lizzy akan tampil berkolaborasi dengannya dalam single kedua. Kali ini, lagu yang disampaikan berkonsepkan balada dan akan diperdengarkan kepada peminat tidak lama lagi," kata  duta produk penjagaan wajah, MagicRED dan duta produk penjagaan wajah keluaran Zarra Sinar Puteri.-10/9/2015 OLEH ZAINI ZAA

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 426  tetamu dalam talian