19Mac2019

Rezeki bertudung Lufya Omar...

Penyanyi kelahiran program realiti Akadami Fantasia Lufya Omar yang kini bergelar pelakon bersyukur sejak bertudung rezekinya masih ada.

Lebih dikenali dalam bidang nyanyian namun ia bukan bererti bidang itu menjadi fokus utamanya kini.

Minat terhadap bidang nyanyian masih ada, pelakon yang nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar  terpaksa melupakannya sebagai kerjaya tetap setelah memilih untuk berhijrah pada Februari lalu.

“Sebelum ini saya pernah menghasilkan sebuah lagu berunsur nasihat dan dakwah.

“Jika diizinkan Tuhan, insya-allah saya akan menghasilkan lebih banyak lagu kerana saya kini masih mencari-cari arah arah dan tujuan hidup yang lebih pasti.

“Ada sebab mengapa saya lebih memilih lakonan berbanding nyanyian, tetapi biarlah saya sendiri sahaja yang menyimpannya kerana bimbang menyentuh sensitiviti orang lain,” kata pelakon kelahiran Johor Bahru ini.

Dalam pada itu, lufya yang muncul dalam drama Jalan Kembali yang disiarkan di TV2, mengakui sehingga kini rezekinya masih berterusan meskipun sudah bertudung.

“Alhamdulillah, ada sahaja tawaran yang diberikan. Sekarang pun saya masih berkira-kira untuk menerima atau tidak sebuah tawaran lakonan.

“Jika semuanya mengikut perkiraan dan syarat yang ditetapkan saya, saya akan terima,” katanya yang sentiasa menjaga batas-batas seorang Muslimah.

Meskipun masih ada segelintir  yang meminta pelakon berusia 30 tahun ini untuk membuka tudung untuk watak yang ditawarkan, tetapi dia tidak menyalahkan mereka.

“Mungkin ramai yang belum tahu saya sudah bertudung. Jadi saya terangkan kepada mereka.

“Yang bagusnya, walaupun terpaksa menolak peranan utama ditawarkan, tetapi mereka masih memberikan peranan lain kepada saya,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Lufya baharu saja tamat menjalani penggambaran telefilem Mahar Tanpa Cinta untuk siaran TV3 dan Bila Hati Telah Hitam untuk Astro.

Selain itu filem seram berjudul [email protected] yang sudah memasuki pawagam Februari lalu sekaligus menjadi hadiah ulang tahunnya, masih dalam kesibukan memenuhi jadual penggambaran beberapa drama TV.-20/8/2015 OLEH ZAINI ZAA

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 489  tetamu dalam talian