20November2019

Agenda Daily

Penyanyi ‘ Ayoyo Samy’…Hang Mokthar sudah tiada

Ingat lagi bagaimana lagu ‘Ayoyo Samy’ begitu popular pada tahun 80han.Ia lagu jenaka berkaitan tol.Waktu itu Datuk Seri (sekarang Tun) Samy Vellu ialah Menteri Kerjaraya. 

 

Pada jam 2.50 pagi Isnin penyanyinya Hang Mokhtar atau nama sebenarnya Mohtar Ab. Latiff meminggal dunia di Hospital Serdang. 

 

Selain lagu ‘Ayoyo Samy’ kebanyakan lagu nyanyian Allahyarham adalah berunsur jenaka. 

 

Antaranya ‘ Siapa tak sayang bini’ dan ‘Kocik Kocik’. 

 

Hang Mokthar juga pernah berduet bersama Datin Orkid Abdullah, Zaiton Sameon dan Aspalela Abdullah. 

 

Setelah mencipta nama pada pertengahan tahun 80han , Hang Mokhtar kurang mendapat publisiti daripada media massa dan seakan-akan tenggelam. 

 

Kali terakhir beliau muncul dengan album The Best of Hang Mokhtar pada 2006. 

 

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 5, Bukit Mahkota, Bandar Putera Mahkota dekat Bangi.- 26/3/2018

 

 

 

 




PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1293  tetamu dalam talian