15September2019

Pengarah filem menang kes saman isu ciplak novel Aku Bohsia

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman penulis novel terhadap pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof dan dua yang lain berhubung dakwaan menciplak karyanya dalam filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam.

Hakim Datin Azizah Nawawi menolak saman Elias Idris, 64, selepas mendapati isu bohsia dan mat rempit adalah isu semasa dalam masyarakat di negara ini dan tidak boleh dijadikan perbandingan di antara novel dan filem.

Azizah berkata, idea membabitkan bohsia dan mat rempit tidak dilindungi mengikut Akta Hakcipta 1987 dan ia juga tidak boleh dikatakan hanya eksklusif kepada novel karya plaintif, Aku Bohsia.

Dalam kes saman itu, Elias menamakan Syamsul, bapanya, Datuk Yusof Haslam dan syarikat penerbitan filem, Skop Production Sdn Bhd sebagai defendan.

Azizah kemudian membenarkan tuntutan balas ketiga-tiga defendan berhubung dakwaan plaintif memfitnah mereka melalui penerbitan artikel dalam internet membabitkan isu menciplak novel terbabit.

Hakim memerintahkan plaintif membayar ganti rugi RM100,000 dan kos sebanyak RM40,000 kepada semua defendan dalam tuntutan balas berkenaan.-16/2/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 222  tetamu dalam talian