19November2019

Agenda Daily

Marsha mahu menyanyi lagu rakyat...

Bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Marsha Milan Londoh berhasrat menghasilkan lagu rakyat Sabah untuk lebih dekat dengan penduduk kampung, .

Marsha yang kini dikenali dengan kerjaya sebagai pengacara berkata, perancangan itu dibuat hasil kerjasama dengan rakan baiknya yang juga penyanyi, Velvet Aduk.

"Perancangan ini dibuat sejak beberapa tahun lalu, tetapi kami terlalu sibuk dengan komitmen masing-masing sehingga sukar mendapat masa yang sesuai untuk duduk berbincang secara serius mengenai album ini.

"Kebetulan, kali ini saya berpeluang pulang ke sini dan sempat duduk berbincang mengenai perancangan itu semula.

"Kami tidak mahu menangguhkan lagi projek ini yang dilihat mampu memberikan kesan positif kepada masyarakat di Sabah.

"Saya dan Velvet merancang untuk menghasilkan sendiri semua lagu yang ada dalam album ini. Setakat ini, kami sudah mula menghasilkan lirik lagu masing-masing, malah sedang cuba mendapatkan melodi yang bersesuaian," katanya.

Marsha berkata beliau akan mendapatkan khidmat daripada beberapa komposer dan penulis lirik termasuk Rich Gimbang (Estranged) yang juga merupakan suami kepada Velvet.

“Kita juga akan mencipta beberapa lagu sendiri.  Asalnya, memang nak buat untuk sebuah album atau sekurang-kurangnya lima lagu. Tapi, kalau tak sempat, kita cuba dengan satu single dulu,” katanya.

Tambahan pula, ini mengakui pasaran seni di Sabah juga cukup luas dan permintaan juga sangat tinggi.

“Kita lihat projek ini mampu memberikan kesan positif kepada masyarakat di Sabah,” katanya.

Marsha yang kini sibuk mempromosilan single terbarunya berjudul Hilang turut sibuk menjalani penggambaran dua travelog, Solo Yolo dan Ready Set Action selain drama bersiri, Bimbi Boni.

“Saya juga sedang menunggu filem Tujuh ditayangkan yang dijangka, awal tahun ini,” katanya.

Selain itu, bagi meluaskan lagi karier seninya, Marsha  baru sahaja dilantik sebagai duta barang kemas di bawah jenama De’Lunaria bagi tempoh tiga bulan akan datang.

Mengakui bukanlah seorang peminat barang kemas, pandangan bintang filem Jwanita ini bagaimanapun berubah seiring usianya.

“Jujurnya, saya baru tahu mengenai barang kemas. Jadi, pelantikan sebagai duta ini merupakan satu penghargaan buat diri saya walaupun dalam satu tempoh yang singkat.

“Apa yang penting, keterlibatan saya dalam mempromosikannya terutama di kalangan rakyat di Sabah mendekatkan lagi diri saya dengan orang kampung,” katanya.

Malah, Marsha yakin dengan cara pemasaran De’ Lunaria yang merupakan perintis kepada penjualan barangan kemas secara dalam talian.

“Saya percaya dan yakin dengan De’Lunaria selepas melihat sendiri barang kemas yang dijual dan semua barangannya adalah asli.

“Lagipun, semua harganya juga mampu milik dan sesuai untuk semua golongan,” katanya.-23/1/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1478  tetamu dalam talian