20November2019

Agenda Daily

"Malaysia, anda punya tempat istimewa di hati saya"

Pelakon utama filem Jumanji: Welcome to the Jungle, Dwayne 'The Rock' Johnson, mengucapkan  terima kasih di atas sambutan luar biasa penonton Malaysia terhadap filem tersebut.

Bekas ahli gusti WWE itu turut memuat naik beberapa siri video ke akaun Instagramnya bagi melahirkan penghargaan kepada penonton di Mexico, Perancis dan Indonesia.

"Malaysia, anda punya tempat istimewa di hati saya, sejak saya memulakan kerjaya dalam arena gusti lagi. Antara kenangan manis yang saya kenang sehingga hari ini adalah bertarung dengan lawan di Kuala Lumpur.

"Saya sangat berterima kasih dan teruskan menikmati Jumanji," kata The Rock dalam video itu.

Dalam video itu, The Rock mengakui cukup terharu apabila Jumanji yang baru memasuki minggu kedua tayangan di negara ini, telah berjaya disenaraikan sebagai filem ketiga terlaris di Malaysia.

Filem tersebut telah mencatat kutipan lebih RM19 juta sejak mula ditayangkan 14 Disember lalu sehingga 22 Disember.

Menurut Eksekutif Pemasaran Senior Sony Pictures Entertainment Malaysia, Tan Phui Mun, tidak mustahil untuk filem itu mengutip sehingga RM30 juta sekaligus menjadi filem terlaris sepanjang zaman.

Jumanji: Welcome to the Jungle mengisahkan empat orang remaja telah terjebak ke dalam hutan dengan permainan kuno dikenali sebagai Jumanji. Mereka harus bertahan untuk terus hidup dan memikirkan cara untuk keluar daripada permainan tersebut.-3/1/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 181  tetamu dalam talian