07Ogos2020

Agenda Daily

Mahkamah arah Vida bayar cukai RM4.6 juta sebelum 21 Mei

Mahkamah Tinggi Ipoh mengarahkan Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali Datuk Vida menyelesaikan bayaran cukai pendapatan individu bagi tempoh lima tahun yang dituntut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah lebih RM4.6 juta.
 
Arahan penyelesaian di luar mahkamah itu diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman Anselm Charles Fernandis hari ini selepas tuntutan itu difailkan peguam LHDN, Nor Hidayah Mohd Anas di dalam kamar hakim.
 
Pengasas produk kecantikan berusia 47 tahun itu bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah dan hanya diwakili peguamnya, Zailan Mohamed.
 
Dalam penyataan tuntutan LHDN, Datuk Seri Vida dikehendaki membayar kepada LHDN mengikut Subseksyen 91(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun taksiran 2011 hingga 2015 berjumlah RM4,686,435.79 sebelum 21 Mei depan.
 
Nor Hidayah ketika ditemui, berkata LHDN sebelum ini mengadakan perbincangan dengan Datuk Seri Vida, namun gagal mematuhi perbincangan berkenaan menyebabkan tuntutan dibuat di mahkamah.
 
Katanya, kes tuntutan itu akan berjalan pada 21 Mei depan jika pihak Datuk Seri Vida gagal mengadakan perbincangan dan menyelesaikan tuntutan cukai pendapatan individu itu dalam tempoh ditetapkan.
 
Sementara itu, Zailan berkata, perbincangan akan diadakan dengan LHDN bagi mengadakan penstrukturan semula bayaran tuntutan berkenaan dan akan menyelesaikan tuntutan itu dalam tempoh ditetapkan.-9/4/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 280  tetamu dalam talian