19Mac2019

Kisah duta butik Ariani... Bella Dally

Jika dahulu Bella Dally banyak menghabiskan masa  di set lokasi penggambaran drama TV.

Tetapi kini kesibukannya kini beralih ke dalam bidang pengiklan produk fesyen wanita bagi butik eksklusif, Ariani.

Kerana faktor hampir setahun setengah, sekajb ada, sekejab tidak menerima sebarang tawaran berlakon, namun ini memberi ruang kepada Bella melakukan kerjaya terbarunya ini.

Bella atau nama penuhnya, Nabilah Ali Dally ini mengakui tidak pernah merasa kesal atas keputusannya melupakan dunia lakonan.

“Biarpun terkilan tetapi saya tidak pernah berputus asa terhadap karier seni yang begitu saya cintai.

“Malah, saya anggap ini sebagai satu dugaan dalam penghijrahan saya,” kata pelakon drama Akulah Balqis.

Pelakon cantik dari Kota Kinabalu, Sabah yang kini sudah berhijab, bersyukur dengan keputusannya.

“Saya kini lebih selektif memilih watak jika yang menawarkan sayha berlakon. Ini kerana saya perlu sesuaikan dengan personality sesudah berhijab.

“Pun begitu saya sejujurnya sudah bersedia untuk meniti semula langkah-langkah dalam industri lakonan,” katanya.

Bella, 24, aktres berdarah kacukan Melayu-Pakistan di sebelah bapa dan Filipina-Eurasian di sebelah ibunya ini yang kini menjalin hubungan dengan aktor Nazim Othman, dikenali seorang pelakon yang berterus terang.

“Sejujurnya, masih banyak lagi perkara yang belum saya capai dalam karier. Saya masih merangkak untuk mendapat kepuasan sebagai seorang pelakon.

“Saya juga sedar, bukan mudah untuk bertahan dalam industri ini,” kata Bella yang sudah lima tahun menceburi bidang seni.-3/9/2015 OLEH ZAINI ZAa

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 483  tetamu dalam talian