19Mac2019

Kenangan CCTV yang sukar dilupakan oleh Ardell Aryana

Pelakon Ardell Aryana melihat perkembangan karier lakonannya  dari skrin TV ke layar putih sebagai positif dan kenangan manis.

Malah kata pelakon kelahiran Kuala Selangor ini kemunculan sulung dalam filem yang sedang ditayang di pawagam, CCTV,  suatu kenangan yang sukar dilupakan kepada dirinya.

Ini kerana akhirnya penantian dan kesabaran menunggu kelahiran 'bayi sulungnya' itu menjadi menjadi kenyataan.

Filem genre seram arahan Devan R itu menyaksikan Ardell bakal menjadi teraju utama bergandingan dengan pelakon hebat seperti Aeril Zafrel dan Hasnol Rahmat.

"Alhamdulillah, saya tak sabar menunggu ketibaan ‘bayi sulung’ saya ini. Lagi pula, saya dapat berlakon bersama-sama pelakon pujaan saya.

"Ia adalah kenangan yang tak dapat dilupakan. Mereka sangat baik dan banyak memberi tunjuk ajar kepada saya.

“Bahkan, saya  melihat perkembangan karier lakonan pada sudut pandangan yang positif,” kata pelakon drama bersiri 80 episod terbarunya berjudul Wadi disamping pelakon Syafie Naswip.

Mengakui hampir setahun tidak muncul di TV, pelakon berusia 25 tahun kini bersyukur kembali semula mewarnai persada seni lakonan.

Wataknya sebagai Widya kawan Wadi di zaman kecil seterusnya pelajar sekolah menengah, bersiaran menerusi slot Zehra di TV3, turut dilakonkan oleh Fimie Don dan Harris Aliff, diharap berjaya menghidupkan watak dengan sepenuh hatinya.

Menyentuh filem CCTV pula, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin berkata dia teruja apabila pengarah filem Devan R menawarkan  watak utama sebagai jururawat bernama Mariana.

Filem genre seram arahan Devan R itu menyaksikan Ardell bakal menjadi teraju utama bergandingan dengan pelakon hebat seperti Aeril Zafrel dan Hasnol Rahmat.

“Asalnya, saya sekadar mencuba dalam uji bakat untuk filem berkenaan yang dijalankan dua tahun lalu tetapi tidak sangka dipanggil untuk membawa watak utama.

“Ini peluang keemasan saya untuk buktikan semuanya dan merupakan naskhah lakonan filem pertama saya.

“Sekarang adalah masa untuk saya. Doakan yang terbaik,” katanya tanpa mahu berada di zon selesa selepas kejayaan filem itu nanti.

Pelakon kecil molek yang sudah tiga tahun menyambut Syawal sebagai artis, terselit perasaan sedih dan sayu dalam dirinya.

"Sejak kecil, ibu dan bapa saya telah bercerai, dan saya juga tidak pernah lagi berjumpa dengannya. Jadi, setiap kali menjelang Aidilfitri, ayah saya pasti tiada di sisi.

"Biarpun terasa ada kekosongan, namun kehadiran ibu dan adik-beradik lain berjaya mengubati kedukaan itu," katanya yang menyambut Aidil Fitri secara sederhana di rumahnya di Balakong, Cheras sebelum pulang ke kampung halaman di Kuala Selangor, pada hari raya ketiga.

Penggemar hidangan berkuah seperti laksa dan kuah lodeh di pagi raya, Ardell pernah membintangi pelbagai drama bersiri seperti Jodoh, A.K.U, Ku Kejar Bintang dan Duri Di Hati pada 2013.

"Penglibatan saya dalam bidang ini, bermula secara tak sengaja. Ketika itu, saya membantu seorang rakan untuk menjadi pelakon tambahan bagi menjayakan projek filem pendeknya di universiti.

“Sejak itu, saya mula mendapat panggilan daripada produksi yang berminat untuk menawarkan berlakon.

"Sepanjang tahun 2013, saya aktif berlakon namun mengambil keputusan untuk memperlahankan langkah ekoran tidak yakin dengan kebolehan diri," katanya yang kini bernaung dengan pengurusan Prokuya Studio.

Ardell pernah muncul juga dalam drama bersiri popular seperti Baby Ana Milik Siapa, Asam Pedas Untuk Dia, Jangan Lafazkan Janji, Dia...Isteri Luar Biasa dan sebagainya.

Sambil berharap filem CCTV akan menjadi  pembuka jalan untuk beraksi di layar perak pula,  pelakon ini berkata:

“Bukan saya mahu katakan lakonan drama sudah cukup kukuh hinggakan saya sudah bersedia beralih ke filem tetapi tidak salah memasang impian.

“Karakter itu membantu mengembangkan kerjaya saya. Ia juga membuka mata penonton menerima saya ke dunia lakonan. Tidaklah terus terkenal seperti orang lain tetapi ada segelintir yang mengakui bakat saya”.-4/8/2015 OLEH ZAINI ZAA

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 478  tetamu dalam talian