06Disember2019

Agenda Daily

Jelajah #KitaOK bersama Harith Iskander bermula 24 Feb

The Funniest Person In The World,  Harith Iskander bakal mengadakan program jelajah komedi yag diberi nama #KitaOK Jelajah Komedi Harith Iskander “Live” 2018 anjuran Celcom.

Program ini bakal berlangsung di dalam bulan Februari sehingga Mac tahun ini dan memilih Kuala Lumpur pada 24 Februari (8.30pm) di Arena Axiata  sebagai destinasi sebelum ke negeri-negeri lain.  

Setelah 27 tahun berada di tangga teratas di persada komedi Malaysia, Harith telah mengharumkan nama negara dan meletakkan Malaysia di peta komedi dunia menerusi pertandingan Laugh Factory’s Funniest Person in the World serta persembahan komedi khasnya di laman sesawang Netflix.

Walaupun dikenali di peringkat antarabangsa, Harith tetap berbangga di atas penampilan komedinya yang mencerminkan keunikan budaya negara hasil kehidupan dan interaksi di kalangan berbilang kaum.

Oleh kerana itulah, Harith dipilih untuk menyatukan rakyat Malaysia dengan komedi.  

“Berbekalkan pendekatan baru setelah mewakili Malaysia di persada dunia, matlamat saya kini ialah untuk menyatukan rakyat Malaysia serta mengupas dan menampilkan maksud sebenar istilah 'being Malaysian' menerusi gaya komedi teater saya yang berasaskan sejarah, kebudayaan dan lain-lain perkara yang mencuit hati yang membentuk  jiwa Malaysia kita," katanya.  

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Operasi Perniagaan Celcom Axiata Berhad, Azwan Khan Osman Khan berkata, Celcom berbangga menjadi penganjur #KitaOK Jelajah Komedi Harith Iskander “Live” 2018 kerana ianya mencerminkan sokongan Celcom ke arah perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

 “Kami yakin Harith Iskander akan dapat menampilkan semangat 1Malaysia di dalam komedinya, semoga akan mengingatkan kita semua bahawa perpaduanlah yang telah membawa kita ke sini," jelasnya.

Bagi butiran selanjutnya mengenai Harith Iskander dan #KitaOK Jelajah Komedi Harith Iskander 2018, sila layari https://myticket.asia/#event|celcom-harith-iskanders-kitaok-live-comedy-tour-2018|418.-19/2/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 315  tetamu dalam talian