22September2019

Fattah, Fazura bersanding... TPM antara tetamu undangan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis hadir pada majlis persandingan artis popular, Fazura dan Fattah Amin malam tadi.

Majlis persandingan yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental turut dimeriahkan dengan kehadiran lebih 700 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan artis.

Perkahwinan Fazura, 34, dan Fattah, 27, diadakan dengan tema ‘Fattzura Fairytale’.

Menggunakan khidmat pereka fesyen duo terkenal, Rizman Ruzaini untuk mereka busana kedua-dua mempelai, Fattah dan Fazura begitu secocok ibarat merpati dua sejoli bersanding di atas pentas pelamin yang mendapat sentuhan Reka Teemor.

Antara rakan selebriti yang hadir ialah Datuk Sheila Majid, Datuk Aznil Nawawi, Fasha Sandha, Mira Filzah, Norman Hakim, Memey Suhaiza, Yusry Abd. Halim, Lisa Surihani, Dayang Nurfaizah, Bunga Citra Lestary, Ashraf Sinclair, Alvin Chong, Iswan Ismail, Adam Shadan, Jasmine Suraya, Ika Nabella dan Sazzy Falak.

Pasangan yang mula berkenalan sewaktu penggambaran Hero Seorang Cinderella pada Mei 2017 itu bernikah 27 November lalu selepas pulang daripada mengerjakan ibadah umrah bersama-sama.

Fazura dan Fattah selamat diijabkabulkan pada November tahun lalu dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di ibu negara.-26/2/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 594  tetamu dalam talian