12November2019

Agenda Daily

Comelnya anak kembar Bung Moktar dan Zizie Izette...

Pelakon, Datin Seri Zizie Izette yang juga isteri kepada  Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan nama anak kembar mereka iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette kepada umum menerusi laman Instagram aktress itu.

Menerusi entri di IG, Zizie telah berkongsi buat pertama kali gambar anaknya yang kini berusia sebulan satu hari.

“Salam dan hello kepada semua. Inilah hero kami.

“Aadam Zac Izette (atas) dan adik lelakinya Aaleph Zeke Izette. Gambar ini dirakam ketika mereka baru berusia 20 hari.

“Alhamdullilah, hari ini mereka sudah berusia sebulan sehari. Terima kasih di atas doa-doa anda dalam komen sebelum ini. Semoga Allah merahmati anda,” tulisnya.

Bayi kembar itu dilahirkan pada 29 Disember lalu di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Zizie atau nama sebenarnya Zizie Izette Abdul Samad, 39, selamat mendirikan rumah tangga dengan Bung Mokhtar pada Disember 2009.

Pasangan itu mempunyai dua orang anak angkat, Naila Nurjenna, 3 dan Aaric Zayn Izette, 7 bulan.

Sebelum ini, Bung Mokhtar pernah berkata ingin menamakan nama Adam dan Alif untuk bayi kembar mereka, dan nyata,impian itu telah terlaksana.-2/2/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 256  tetamu dalam talian