19November2019

Agenda Daily

Che Ta ulas teguran timbalan menteri...

Umum yang mengenali pelakon jelita Rozita Che Wan atau Che Ta pasti tahu betapa wanita ini sangat mementingkan penampilan tidak kira walau di mana dia berada sehingga sanggup mengupah jurugambar peribadi.

Setiap kali bercuti termasuk ketika menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah, Che Ta akan memastikan rakaman foto kenangan dimuat naik dalam laman sosial sebagai memori peribadi.

Pada hemat jelitawan berusia 45 tahun itu, niatnya yang merakam gambar di Mekah dan Madinah bukan untuk menunjuk atau berbangga namun hanya sekadar berkongsi pengalaman bersama peminat yang ada.

Oleh sebab itu, apabila terdapat artikel Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi menegur trend menjadikan Mekah suatu lokasi untuk berfesyen beberapa minggu lalu, ia tidak memberi kesan kepada Che Ta secara peribadi.

“Pada saya, artikel itu sekadar mengingatkan dan tidak memetik nama mana-mana artis jadi tidak terasa pun. Agak pelik juga bila orang terfikir nama saya seorang sedangkan ramai lagi artis yang pernah ke sana.

“Niat saya memuat naik gambar kenangan di Mekah dengan harapan ia memberikan motivasi kepada mereka yang belum pernah sampai dan mengubat kerinduan pada ingin mengunjungi rumah Allah itu sekali lagi.

“Ada masanya, kita perlu menilai perbuatan seseorang dengan mata hati dan bukan mata kasar semata-mata,”jelasnya.

Pelakon Kiah Pekasam itu turut memberitahu bahawa penampilan dan gaya hidupnya yang sentiasa tampil cantik serta elegan adalah kerana dia sudah terbiasa dengan rutin seperti itu.

Tidak menyalahkan orang lain dengan keinginan dirinya yang gemar tampil bergaya, Che Ta berkata dia memilih cara sebegitu mengikut kemampuan diri selepas bekerja keras selama ini.

“Ada yang pernah mengatakan susahnya jadi Che Ta, asyik kena jadi cantik. Pada saya cantik itu subjektif dan saya seorang yang akan menjadi lebih yakin untuk berhadapan dengan orang ramai jika penampilan saya terjaga.-6/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1075  tetamu dalam talian