15November2019

Agenda Daily

Bung Mokhtar ulas kehadiran anak kembar

Tahniah buat Ahli Parlimen Kinabatagan, Datuk Seri Bung Mokhtar kerana telah dianugerahkan cahaya mata kembar lelaki pada Jumaat lalu.

Bung menerusi laman instagramnya, memanjatkan kesyukuran apabila isterinya, yang juga pelakon,  Datin Seri Zizie Ezette selamat melahirkan bayi kembarnya di Pusat Perubatan Prince Court.

"Alhamdulillah, keluarga ini telah dianugerahkan Allah tambahan dua orang putera. Semoga kehadiran orang baru dalam keluarga ini, InsyaAllah pasti akan membawa kebahagia kepada kami semua.

"Kami sentiasa berdoa semoga kesemua dalam keluarga ini akan terus diberkati dan mendapat keredhaan Allah hendaknya," katanya.

Zizie, melahirkan bayi kembar itu awal sehari dari tarikh yang dijangka doktor iaitu pada 30 Disember 2017 (Sabtu).

Zizie selamat melahirkan kembarnya pada  jam 5.48 pagi dan 5.50 pagi, dengan berat 2.74 kilogram dan 2.78 kilogram masing-masing.

Zizie, 39 tahun, mengahwini Bung, 58 tahun, pada tahun 2009.

Pada bulan Julai lepas, Zizie mengumumkan dia dan suami bakal menimang cahaya mata kembar selepas sekian lama menanti.-2/1/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 288  tetamu dalam talian