19Mac2019

Bakat tersembunyi DJ Azlan KLfm

Penyampai KLfm, Azlan Omar mempunyai bakat tersembunyi. Bukan sahaja sebagai penyampai radio malah ketika dia berada di konti dalam ruang masa yang senggang, deejay (dj) ini mengasah bakatnya melukis kartun.

Kata dj Azlan, melukis menjadi hobinya sejak di bangku sekolah lagi sehingga sekarang.

"Waktu senggang begini saya suka melukis. Tapi lukis kartun sahaja bersandarkan isu semasa.

"Melukis kartun memberi rasa lega yang amat sangat," kata Azlan.

Dj ini sering ditemani rakan sekonti dj Haji Zullastree Muhammmad mengendalikan rancangan  Rentak Pagi KLfm selain beberapa program lain.

"Masa senggang inilah hasil kerja saya sepanjang ke udara dalam rancangan Rentak Pagi KL," kata Azlan peminat setia Majalah Fuyyoo.

Terkenal dengan slogan Laporrrpooooo! Watakungsiiii!, Azlan yang puas dengan apa yang dilakukan, bagaimanapun tidak bercadang untuk mengkomersilkan bakalnya itu.

"Masa senggang inilah hasil kerja saya sepanjang ke udara dalam rancangan Rentak Pagi KL," katanya penyampai radio kelahiran Kota Bahru, Kelantan ini.-12/3/2015 OLEH ZAINI ZAA

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 495  tetamu dalam talian