12November2019

Agenda Daily

Apabila 'Mat Lajak' jatuh depan Shiro...

Pelawak dan penyampai radio BestFM, Shahrol Shiro berkongsi video insiden bertembung dengan sekumpulan remaja berbasikal yang hampir menyebabkan kemalangan menerusi sebuah entri Instagram (IG)

Dalam perkongsian tersebut Shahrol atau Shahrol Azizie Azmi, 34,dilihat cuba membantu salah seorang remaja terbabit yang kebetulan terjatuh di tengah jalan raya dipercayai  geng ‘basikal lajak’.

Menurut Shahrol, pada mulanya dia ternampak lima remaja menaiki basikal menuruni bukit dan rakannya yang ada bersama cuba untuk merakamkan aksi mereka.

Namun mereka terkejut apabila salah seorang daripada mereka dilihat terjatuh di tengah jalan raya dan Shahrol berhenti untuk memberikan bantuan.

“Adik, abang abang tahu hati adik kering. Hati kering biar kena dengan tempat. Kalau abang laju, dah tentu awak kat bawah kereta. Abang pula confirm ke dalam dulu untuk siasatan,” katanya.

Berikutan itu, Shahrol turut menasihati para ibu bapa agar memantau aktiviti yang dilakukan anak-anak mereka.

“Kepada ibu bapa, saya minta tolong sangat-sangat. Pantaulah anak-anak, kerana mereka adalah harta yang tidak ternilai buat kita.

“Kepada adik-adik basikal lajak, kalau kawan tanya ‘nak berembat On tak On?’, jangan kasi on! Adik-adik mampu merubahnya,” pesannya.

Video yang dikongsi Shahrol itu telah ditonton lebih 750 ribu kali dan dikomen lebih 1 ribu pengguna laman sosial.-30/1/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 284  tetamu dalam talian