22November2019

Agenda Daily

Adi Putra nikah semula dengan bekas isteri

Pelakon, Datuk Adi Putra telah menikahi semula bekas isteri pertamanya Zuhaidah Yusof, 43, pada Khamis.

Berita gembira itudikongsikan oleh rakan baik pasangan itu yang juga anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid di mana Adi Putra sedang menyarungkan cincin ke jari isterinya dengan menulis kapsyen mengucapkan tahniah buat pasangan itu.

“Salam tahniah dari Madinah buat @adpadiputra dan @aidayusof15... Bangga dengan kamu. “Selamat pengantin baharu”... eh... lama... Baharu... Ehh,” tulis Nurul Zahid.

Adi turut memuat naik dua keping foto bersama Aida dan mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakan jodoh mereka.

"Syukur pada Allah dan terima kasih kepada yang hadir dan mendoakan saya dan Aida. Semoga Allah permudahkan urusan kita bersama sebagai ummah," tulisnya.

Rata-rata pengikutnya di laman sosialnya turut meluahkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah serta mendoakan jodoh Adi dan Aida berkekalan sehingga akhir hayat.

Adi dan Zuhaidah berkahwin buat kali pertama pada 14 April 2006 dan namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata sebaliknya mempunyai seorang anak angkat Zara Adelia yang kini berusia enam tahun.

Pelakon itu kemudiannya berpoligami selepas menikahi Norshahida Dzolkifly, 34, pada 20 Jun 2016.

Bagaimanapun, Adi dalam kenyataannya menerusi Instagram pda 23 Mac tahun lalu memberitahu bahawa dia tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan kedua isterinya itu.-19/1/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 343  tetamu dalam talian