14November2019

Agenda Daily

Salahkah Nazri sokong Guan Eng?

Tidak selalu Nazri Aziz mendapat perhatian pembangkang. Biasanya beliau disanggah malah digasak dengan kasar oleh pembangkang atau mereka yang tidak senang dengan pemikirannya.

Namun ada ketika, Nazri dilihat satu-satunya tokoh UMNO yang “open minded”serta boleh dibawa berbincang. Yang lain lazim dituduh “undemocratic” jauh sekali bersikap pragmatik.

Agak berlainan pula sikap pembangkang apabila berdepan dengan PAS. Ternyata mereka lebih senang menerima PAS dari UMNO walau pada dasarnya UMNO berbanding dengan PAS yang jauh lebih liberal.

Keadaan ini dimenafaatkan oleh PAS apabila sejak kebelakangan ini mereka ibarat gula yang diminati semut. Pengundi Cina sanggup berkompromi dengan isu keagamaan.
 
Dulunya PAS  dibenci secara tiba-tiba pula mereka menjadi parti yang disokong. Pengundi Cina sanggup melupakan hudud dan kerajaan lslam serta dasar dogmatic PAS semata-mata bagi menolakUMNO.

Nazri pula dilihat bersikap lebih professional ketika menjalankan tugas sebagai seorang menteri cabinet. Dia tidak meminggirkan kerajaan DAP di Pulau Pinang ataupun mana-mana kerajaan negeri.

Dia mahu kerajaan negeri kreatif dalam aspek menjadikan pelancungan satu produk  tarikan yang baru. Malang  dalam insiden terbaru beliau dikritik hebat khusus oleh MCA.

 Ini gara-gara beliau menyokong langkah kerajaan Pulau Pinang melarang pengusaha warung di negeri itu menggajikan warga asing sebagai tukang masak di premis mereka. Selain isu ini dimanipulasi Nazri digambarkan seolah-olah menyokong Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Pengkritiknya  tidak boleh membezakan Nazri sebagai pemimpin UMNO dengan tugasnya sebagai seorang  menteri. Mereka tidak harus lupa bahawa Nazri ialah Menteri Pelancongan. Dasar kementeriannya tidak meminggirkan mana-mana kerajaan negeri  termasuklah Pulau Pinang yang dilayan sama rata.

Matlamat utama Nazri menjadikan Malaysia destinasi pelancungan tersohor di rantau sebelah sini. Usaha ini tidaklah senang lebih-lebih lagi Malaysia kini dibayangi isu-isu panas seperti peristiwa Lahad Datu dan kes penculikan warga Cina di Semporna. Ini belum lagi trajedi MH17  dan kehilangan pesawat MH370.

Sebagai menteri bertanggungjawab, Nazri berdepan pelbagai cabaran untuk memulihkan imej Malaysia . Justeru strategi baru bukan sekadar melalui iklan ataupun melalui senyuman dari pak menteri. Ia memerlukan perancangan rapi serta rebranding Malaysia dan kazanahnya. Ini termasuklah  melalui anjuran pesta makanan.

Malaysia popular dengan “street food” jauh mengatasi yang ada di Singapura. Namun langkah proaktif  republic itu menyebabkan street food mereka jauh lebih menarik. Ia kini berjaya mengamit dunia.

Barangkali Pulau Pinang mampu menyaingi Singapura dalam asepak ini. Melalui dasar baru Guan Eng berazam memulih imej masakan jalanan di negeri itu agar lebih kompetitif. Pengenalan dasar melarang pengusaha makanan warung menggajikan pekerja asing adalah langkah awal.

Faktanya selama ini sama ada di Pulau Pinang ataupun di Selangor warung atau outlet makanan memilih menggaji tukang-tukang masak warga asing. Banyak restoren mamak mengamalkan kaedah ini sehingga rasa mee goring atau roti canai jauh dari kualiti asal.

Nazri sebenarnya tidak menyokong DAP ataun Guan Eng. Gambarnya bersama-sama Guan Eng yang disebar adalah merupakan sebahagian dari tugas. Bukankah media suka elemen-elemen surprise dalam foto-foto bagi tujuan melaris penerbitan mereka.

 Kita juga pasti tidak ada dalam komennya bercakap menjulang Guan Eng berlebih-lebihan atau pada masa sama memperlekeh sesiapa termasuklah MCA. Kalau tak salah MCAlah yang memulakan apabila  mengkritik langkah berbaik-baik  Nazri itu. Konon ia memberi tafsiran Putrajaya menyokong kerajaan DAP.

MCA tidak sepatut menyempitkan skop pemikiran. Bukan semua dibuat Nazri atau mana-mana pemimpin UMNO ke arah memperlekeh parti itu. MCA ada peranan tersendiri begitu juga Nazri. Kritikan Nazri terhadap MCA adalah reaksi terhadap kritikan MCA bukannya sebaliknya. Nazri tidak cari gaduh terlebih dulu cuma pandangannya seperti biasa agak keras.

Komen Nazri tidak dapat dielakkan agak kasar serta menimbulkan kontroversi namun hakikatnya MCA sejak 2008 seperti hilang pengaruh dikalangan pengundi Cina. Contohnya BN Perak tewas dalam PRU  2008  kerana kegagalan MCA mengekalkan sokongan pengundi Cina.

 Dalam PRU lepas sekali lagi terbukti hampir semua peti undi majority Cina di kawasan parlimen Padang Rengas iaitu kawasan ditandingi Nazri tidak mengundinya. Mana pengaruh MCA sehingga Nazri hampir hilang jawatan?

Seperti diketahui Nazri merupakan tokoh popular jika tidak masakan dalam PRU ke11  beliau peroleh undi majority 4,772 mengalahkan pencabarnya Zulkafly Yahaya (PKR). Dalam pilihanraya berikut, majortinya jatuh 1,749. Ia naik pada PRU ke 13 dengan memungut 2,230 undi.

Kita sebenarnya bukan nak berdebat sama ada MCA releven ataupun tidak dalam konteks politik hari ini. Itu biarlah MCA sendiri tafsirkan berasaskan beberapa perkembangan lebih-lebih lagi keputusan PRU ke13 tempoh hari.

Namun bagi Nazri dasar utama kementeriannya menarik kemasukan pelancung serta menjadikan Malaysia destinasi paling popular jauh lebih penting dari melayan isu remeh temeh MCA. Kejayaan Tahun Melawat Malaysia 2014 sudah menampakkan kesan apabila mengikut statistic bulan April kehadiran pelancung meningkat 10.9 % berbanding bulan sama tahun lepas.

Sementara menunggu perkembangan  terbaru pada masa sama kita  menunggu reaksi negeri-negeri lain menjadikan “street food” sebagai satu lagi daya tarikan istimewa lebih baik berbanding yang ada di Pulau Pinang atau Singapura. Ini jauh lebih releven dari seperti sikap MCA yang tak habis-habis mempolitikkan semua perkara.

Janganlah nanti apabila kita gagal mencapai sasaran menarik kemasukan 28 juta pelancung asing, Nazri juga dipersalahkan.-13/8/2014

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1211  tetamu dalam talian