12November2019

Agenda Daily

Obama lebih yakin pada Najib dari Pak Sheikh

najib-obama-klPresiden Barrack Obama pulang ke Washington D.C.setelah melakukan lawatan rasmi ke Malaysia dan Filipina. Semasa di sini, beliau memperaga sikap original-- sederhana, bersopan santun serta begitu prihatin pada masalah hak asasi  rakyat. Beberapa patah  perkataan Melayu seperti terima kasih, boleh dan inshaallah disebutnya.

Semasa berada dalam masjid negara, dimintanya imam besar berdoa untuknya sama. Obama tidak seperti  Bush atau lain-lain yang biasa kita tonton di kaca tv. Mungkin ini  kerana ia  merupakan seorang presiden pertama dari kalangan kulit hitam.

Sifat semula jadi Obama juga disedari  umum. Kelebihan “PR”nya diguna dengan baik. Ini belum lagi daya intelektualnya serta skill lain yang menyentoh hati kita. Obama tidak menghampakan permintaan seorang pelajar perempuan yang ingin memeluknya. Satu lagi ialah gaya Obama memasuki masjid serta berdiri di perkarangan makam pahlawan.

Dengan sifat ini serta santun dan dibekal pula daya intelek yang tinggi, kita pasti,  selepas Presiden John F. Kennedy atau JFK, Obama muncul ikon baru rakyat kita.

Dalam sekelip mata juga lawatan Obama  memberi sinergi baru kepada  politik Najib. Ia menjadikan kesukaran bagi mana-mana pencabarnya termasuk Anwar Ibrahim sendiri untuk mengatasi popularity yang dinikmati. Sebenarnya Anwar memerlukan satu  keajaiban jika ia mahu terus releven dalam kancah politik nasional.

Najib berjaya memulih imej kita yang tercemar gara-gara isu Anwar. Sejak 1998 lagi,  AS menyebelahi Anwar dalam banyak hal. AS seolah-olah hampa apabila Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. Ini diburukkan dengan laporan media barat mengambarkan Anwar sebagai mangsa politik.

Sebab itu Obama bersikap berhati-hati apabila mengulas isu ini. Tetapi oleh kerana kedudukan Obama sebagai presiden jauh lebih kukuh kini berbanding semasa penggal pertama, maka kita lihat isunya tidaklah ketara. Perhatian Obama kini pada soal pengaruh AS di rantau ini. Isu Anwar tidak lagi releven dalam kamusnya.

Kita juga dapati  Obama dan AS makin cemas dengan pengaruh China di rantau ini. Bagi membendungnya, AS ingin  mengheret rakan-rakan lain menentang kemaraan China . Jepun awal-awal lagi sudah memperlihat dasar hidup semati bersama-sama AS. Ini tentu tidak disenangi China.Tumpuan lain termasuk cuba menarik sokongan Malaysia dan ASEAN.

Bagi mengekang pengaruh China , Obama kini melaksana dasar berbaik-baik dengan Malaysia dan rakan-rakan di rantau ini sebagai langkah berjaga-jaga.

Namun dalam usaha berbaik-baik, AS boleh menerima jika Malaysia , tidak ikut telunjuknya. AS berpegang pada dasar, biar genting asal tidak putus. Sebab itu Obama yang pulang kosong tidak keciwa  Malaysia tidak menandatangani Perjanjian Perkongsian Tran Pasifik (TPPA) tempoh hari.

Pemerhati politik melihat  lawatan Obama ke Malaysia  bakal menjana political mileage untuk Najib. Ia akan mengambil sedikit masa namun pada kmasa kini ada isu yang membelenggu kedudukan Najib. Ini ekoran beberapa komen dibuat  Obama yang mengeciwakan banyak pihak.

Sebagai contoh kita melihat campur tangan Obama  melalui program dan komen-komen selepas beliau  menemui beberapa NGO yang pro pembangkang.

Seperkara lagi langkah Obama mengulas isu Anwar walaupun enggan menemui tokoh itu sangat bermakna buat mereka. Pembangkang lega mengetahui tokoh mereka tidak dilupakan. Pembangkang gembira media barat yang keciwa Obama tidak menemui Anwar. Semua ini bakal dipermodalkan secara besar-besaran.

Seperti disebut tadi walaupun lawatan ini dilihat situasi win-win bagi kedua-dua pihak, Obama akur akan misi lawatan—ada kegagalan. AS tidak boleh tunduk kepada Malaysia semata-mata  ia mahu sesuatu dari kita.  AS mahukan kita sign TPPA tetapi kita ada sebab menolaknya. Ada sebab kita kurang yakin TPPA baik untuk Malaysia .

Ini kerana  TPPA  bukan gagasan memihak kita. Ia seperti diulas Dr.Mahathir  sehari selepas Obama ke Filipina, “saya fikir TPPA itu lebih baik tidak ada.Tapi tidak tahu kerajaan hendak tandatangan atau tidak . . . tidak ada guna.”

Obama tidak harus keciwa kerana di Filipina ada peluang lain  menunggunya. Di sana termetrai perjanjian membenarkan AS menempatkan kelengkapan ketenteraan serta penambahan  anggotanya. Filipina mengenepikan tentangan rakyatnya serta kritikan China bagi memperbaharui hubungan dengan AS .

Kita tidak hairan jika ada pihak melihat lawatan Obama serta komen-komen mengenai Anwar dan hak asasi rakyat suatu signal yang tidak baik pada Najib. Mereka akan menggambarkan hubungan Najib dan Obama tidak lebih seperti hubungan Najib dan Lee Hsien Long dari Singapura. Mereka akan menggambarkan Anwar masih lagi rakan setia AS.

Walau apapun komen hakikatnya Obama tidak akan melawat Malaysia jika ia mahu menyelamatkan politik Anwar. Bukankah lebih baik menggantung hubungan AS-Malaysia dengan memilih Singapura ataupun Thailand bukan Malaysia seperti pernah berlaku?

Pada ketika kuasa-kuasa besar  seperti Russia dan China bangkit dari tidor dan mula menyusun strategi, AS pula tidak dapat tidor nyenyak. Ia ketara  bimbang dan sekaligus memerlukan lebih ramai rakan baru termasuk Malaysia .

Najib pula yang berdepan keributan dalam kareer memanfaat hasil lawatan Obama lebih-lebih lagi apabila Presiden AS itu menganggapnya sebagai “reformer.” Komen ini sekaligus seperti satu sindiran tajam buat gerakan reformasi serta tokoh dibelakangnya.

Sementara Anwar dan reformasi ibarat sejarah basi buat Obama dan AS, Najib kini sudah menjadi  rakan baru White House.Soalnya jika kita sudah ada reformer perlu apa lagi reformasi?Oleh: Yusof Harun 1/5/2014

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1518  tetamu dalam talian