19November2019

Agenda Daily

MB Perak sambung pemukiman di daerah Kerian

Program Pemukiman Menteri Besar di daerah Hulu Perak yang berakhir Sabtu lepas telah memberi satu tafsiran atau dalam konteks ini  satu dimensi baru kepada perkataan program  turun padang.

Program berkonsepkan penglibatan rakyat ini jauh lebih signifikan dari  program turun padang atau walk about yang sering dianjur oleh para pemimpin sama ada pemimpin diperingkat negeri ataupun nasional.

Kadangkala oleh kerana kurangnya pemimpin nasional turun padang dan bergaul dengan rakyat kebanyakkan maka pihak media terjurus menggunakan perkataan   pemimpin turun padang sesuka hati. Contohnya termasuklah seperti pemimpin membeli juadah  berbuka puasa atau menziarah jenazah.

Kalaupun ini bukan sebahagian tugas mereka ia adalah tanggungjawab moral kerana pada akhirnya siapapun mereka atau apapun yang mereka lakukan, rakyat mempunyai sebab untuk mengundi atau menolak melalui demokrasi peti undi.
 
Justeru kesimpulannya ialah turunlah menemui rakyat dan merasai sendiri nadi kehidupan rakyat yang mengundi mereka sebelum terlambat seperti yang dilakukan Menteri Besar Perak.

Seperti disebut diawal tadi, menjadi kelaziman program turun padang lebih kepada pemimpin nasional melawat ke kawasan parlimen masing-masing untuk menemui rakyat ataupun tugas wakil rakyat menunaikan tanggungjawab di kawasan mereka.

Benar sebelum inipun lebih-lebih lagi beberapa tahun sebelum PRU ke13 lalu pada 2013 Menteri Besar Perak dilihat seperti lipas kudung turun ke setiap daerah. Keluar masuk kampong sebahagian dari itinari program Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir.

Tetapi ada keunikan dalam program pemukiman di Hulu Perak kali ini. Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir melakukan satu inovasi serta menstruktur semula program turun padang dengan pertamanya melibatkan  sembilan anggota EXCO kerajaan negeri secara serentak.

Juga dalam program ini para CEO agensi-agensi kerajaan dan para pegawai kanan kerajaan seperti Setiuausaha kerajaan negeri, Pegawai Daerah, CEO agensi-agensi kerajaan terlibat sama.

Kedengaran para EXCO mengadu mereka kurang memperoleh publisiti dari pihak media massa berbanding Menteri Besar tetapi bukankah turun padang atau berkhidmat untuk rakyat merupakan sebahagian dari tugas selaku EXCO dan wakil rakyat?.


Dalam konteks ini para EXCO dan pegawai-pegawai kanan ini diberi missi serta didedahkan kepada “real world” kehidupan rakyat khusus mereka di luar bandar. Kalau setakat membaca laporan yang disediakan masalah sebenar rakyat sering terlepas pandang.

Sebab itu sering kedengaran rakyat masih mengharapkan bantuan api dan air dan sebagainya kerana laporan yang naik ke atas gagal menceritakan keadaan sebenar.

Dalam hal ini  juga para EXCO atau wakil rakyat yang sering mempunyai program di Kuala Lumpur atau Ipoh kali ini dibawa sama ke luar bandar “secara paksa!.” Ipoh tidak sama dengan Gerik atau Pengkalan Hulu, yang masih memerlukan perhatian dari segi pembangunan.

Kedua-dua pekan kecil  ini tidak ada hotel bertaraf lima bintang justeru para pegawai atau CEO agensi-agensi kerajaan terpaksa merasai kelainan. Yang memilih beermalam, mereka  tidor di hotel bajet ataupun rest house.

Yang merasakan tidak selesa,mereka berulang alik dari Ipoh ke Gerik.

 Inilah reality yang  cuba didedahkan Menteri Besar ke pengetahuan peserta pemukiman. Kehadiran mereka memberi makna besar kepada usaha kerajaan negeri  melaksanakan program kerakyatan. Harapan kerajaan ialah agar konsep rakyat tidak terpinggir tidak menjadi sekadar satu konsep semata-mata.
 
Sebenarnya Menteri Besar Perak ke11 ini faham erti kemiskinan jauh lebih faham dari mereka atau agensi  yang dipertanggungjawab  menyelesaikan masalah kemiskinan dan masalah perumahan rakyat.

Ini kerana beliau sering menceritakkan hidup selaku anak nelayan dalam majlis-majlis. Baginya kemiskinan bukanlah “isu genetic” yang tidak boleh diatasi. Pokok pangkal azam dan wawasan seseorang. Dr.Zambry sedar kedua-dua orang tuanya tidak lahir dari rumah banglo malah beliau terpaksa memanfaaatkan pelita minyak tanah bagi kerja sekolah.

Main bolasepak pula dengan tidak berkasut berjenama adidas, cukup sahaja berkaki ayam asal  sukan kegemarannya   itu iaitu bolasepak, dapat mengisi masa lapang. Bagi Dr.Zambry kemiskinan dilalui bukan seperti  berlaku dalam  filem melayu kelasik, ia benar-benar wujud.     

Justeru Dr.Zambry sedar jika harga getah jatuh tetapi harga barang-barang naik mendadak akan menambahkan derita rakyat tetapi jika para EXCO dan pegawai-pevgvawai kanan tidak turun meninjau permasalahan ini mereka tidak faham erti impak kejatuhan harga getah.

Pembangkang yang  menangguk di air keruh sering mempermodal isu ini semata-mata bagi mencari satu lagi political mileage. Dengan  menghasut rakyat membenci kerajaan walhal dasar-dasar kerajaan tidak begitu.  Bajet negeri 2016 yang lalu, sebagai contoh, menyediakan pelbagai program membantu rakyat namun perkara ini sering terlepas pandang.

Untuk rekod pada ketika pemukiman berlangsung PAS kawasan Gerik menganjurkan satu “tunjuk perasaan” di pekan itu selesai solat Jumaat. Walaupun tidak lebih 20 orang ahli mereka  hadir tetapi poster “harga getah jatuh harga barang naik” yang diusung membangkit kemarahan rakyat.
Ia memberi gambaran kerajaan tidak  cuba menyelesaikan masalah rakyat.

Bukankah bahawa kemiskinan serta permasalahan rakyat harus didekati “secara hands on” bukannya mengharapkan laporan para pegawai rendah. Bukankah ini yang sering dikhutbahkan oleh Menteri Besar kepada para pegawai  kerajaan.?

Selaku ketua indastri serta CEO dan pegawai-pegawai kanan mereka harus terlebih dulu mempraktikan amalan rakyat didahulukan bukan golf atau mesyuarat di hotel-hotel mewah. Ia sejajar dengan  dasar kerajaan BN yang   seperti terkandung dalam manifesto pilihanraya.

Seperti yang berlaku kemampuan wakil-wakil rakyat  terbatas jika tidak disokong langkah proaktif para pegawai-pegawai kanan. Jentera kerajaan hanya bergerak jika Menteri Besar turun padang atau jika berlaku sesuatu musibah. Maaf . . . .  melalui pengalaman, kita dapati jentara kerajaan dalam konteks membantu rakyat sangat lemah.

Tududan bahawa ada pegawai-pegawai kanan atau CEO agensi-agensi kerajaan lebih mengutamakan permainan golf dari tugas pentadbiran bunyinya keterlaluan. Namun hakikatnya begitu seperti  dirungut oleh orang-orang bawahan.

Berbanding beberapa negeri, di Perak lain cerita.  Menteri Besar dan jentera pentadbiran bernasib baik mempunyai Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Seri Abdukl Puhat Mohd Nayan yang cekap dan effisyen. Beliau sendiri kerap turun padang meninjau permasalahan rakyat serta menggerakan jentera kerajaan mebnyelelsaikan masalah berbangkit. Ini  satu bonus poin bagi Dr.Zambry.


Mengenai pemukiman di Kerian pula, tidak ada sebab yang  spesifik ia dipilih. Daerah Kerian tidak macam Hulu Perak, yang mana berbanding Kerian,  kawasan Hulu Perak adalah kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional.

Jika sambutan rakyat di Hulu Perak sepanjang lima hari program pemukiman amatlah memberangsangkan,sambutan di Kerian masih samar-samar. PRU ke13 lalu menunjukkan tahap sokongan mereka kepada BN.

Pemukiman di Hulu Perak  dilihat berjaya mencapai matlamatnya. Walaupun berpuas hati, Dr.Zambry  berkata kerajaan akan menilai kelemahan dan kekurangan.  "Masing-masing mempunyai kepentingan dan keperluan berbeza yang perlu diberi perhatian di setiap kawasan. Kepuasan rakyat adalah keutamaan nombor satu . . . .segala kelemahan akan diperbaiki untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik  kepada rakyat," katanya.

Kini hasil pemukiman di Hulu Perak sudahpun menjadi perbualan rakyat . . . dan bagi penduduk di Kerian pula, mereka tidak sabar-sabar menunggu pengumuman tarikh pemukiman di kawasan mereka pula.-6/3/2016 OLEH YUSOF HARUN

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1420  tetamu dalam talian