20November2019

Agenda Daily

Lemahkah BN Perak hingga PM perlu kerap turun padang?

ikon-yusofBARU Sidang media (PC) Perdana Menteri di sebuah kantin sekolah Cina di Menglembu tidak lama dulu tidak ada yang istimewa.

PM pun tak kisah venue PCnya di sebuah kantin. Wartawanpun tidak ada nak komplen asal saja mereka peroleh peluang berinteraksi dengan PM.

Walaubagaimana PC ini sebahagian dari program lawatan kerana ia ibarat ketupat tanpa kuah kacang. Justeru Najib diburu media di mana-mana saja kerana sumber berita.

Macam biasa Najib atau kini dikenali dalam komuniti Cina sebagai Ah Jib Gor melayani pertanyaan budak-budak media.

Wartawan dari KL yang turut hadir tertarik kepada isu-isu nasional kerana bos di pejabat mengharapkan “lead story” untuk edisi berikut.

Berbanding dengan kumpulan ini, wartawan tempatan tentu mahu Najib mengutamakan isu-isu lokal.

Ini kerana banyak isu-isu tempatan kurang mendapat ruang di dalam media untuk edisi nasional.Jika Najib memberikan perhatian, berita-berita ini pasti mendapat ruang istimewa khusus dalam media elektronik.

Macam biasa wartawan dari”luar”mendominasi PC dengan soalan-soalan seperti isu amah dari Indonesia, komen Anwar Ibrahim pasal cabaran Raja Petra berdebat dengannya dan juga kilang nadir bumi Lynas di Kuantan.

Dari bayangan wajah, kerana kulit mukanya cerah, Najib nampak keletihan. Tapi soalan yang dijawab tidak mengeciwakan press.

Lawatan Najib kali ini agak lain sikit kerana Najib tiba dari ibukota dengan menggunakan pesawat helicopter dan menghabiskan sepanjang pagi di Beruas sebelum menghadiri program di Tapah bersama-sama masyarakat orang asli.

Najib berjaya menarik crowd—diluar dugaan umum. Kini ia sudah menjadi penanda aras tentang tahap sokongan rakyat kepada BN.

Populariti Najib di Perak bermula dengan lawatannya tahun lalu. Hujan atau panas, crowd tidak terganggu kerana matlamat mereka ialah untuk bersama-sama Perdana Menteri.

Flash dari kamera sebagai tanda ramai mahu bergambar dengan Perdana Menteri. Yang tak kesempatan terbayang wajah kecewa kerana rakannya bergambar dengan pemimpin nombor satu negara.

Crowd luar biasa ini menenggelamkan program anjuran Pakatan Rakyat walaupun majlis itu dihadiri insan istimewa, Anwar Ibrahim.

Kalau dulu crowd Anwar mencecah puluhan ribu kini kalau lebih 3,000 orang sudah cukup mengkagumkan.

Perak tiba-tiba saja bukan lagi pentas Anwar dan kuncu-kuncunya mendendangkan lagu-lagu tentang keyakinan mereka untuk merampas Perak dan Putrajaya.

Tak salah kalau kita katakan rakyat dah bosan dengan janji-janji serta isu yang mendepani Anwar yang kini dilihat sudah tidak lagi releven dalam politik nasional.

Aura Ketua pembangkang itu kini jauh ditenggelami aura Najib yang semakin mempunyai impak besar pada rakyat.

Rating awal Najib juga menunjukan ia meninggalkan Anwar jauh dibelakang.

Anwar hanya disyok oleh ahli-ahli PKR dan DAP manakala ahli-ahli PAS sudah semakin kurang meyakini kepimpinan Ketua pembangakng itu terutama sejak terpalit dalam isu keselamatan Israel.

Road show Najib tidak membosankan rakyat walau terpaksa menunggu berjam- jam sebelum program bermula. Sebagai contoh, kira-kira 25,000 orang asli menunggu hampir 4 jam sebelum kemunculan Najib.

Mereka berjalan kaki ke tapak program di Kuala Woh kerana bukan semua mempunyai kenderaan berinjin.

Ketibaan Najib disambut tarian sewang dan musik chentong (dimainkan kaum wanita dalam upacara sewang dengan dua buluh berlainan saiz dan chentong diketuk pada satu kayu besar).

Macam juga orang-orang politik lain, Najib apabila dapat saja mikropon, masa 20 minit terasa begitu pendek bagi mendepani isu-isu yang berbangkit.

Di kalangan wartawan terdengar bisikan sesama sendiri:” PM tu tak letih ke . . .dia makan ginseng atau majun ke . . .apa rahsia dia tidak letih?

Selain bersalam Najib bertanya khabar seperti yang dilihat di program bersama orang asli. Najib bertanya “dari mana . .”

Najib mengakui dia kenal wajah orang asli dari Pekan, Pahang. ”Saya kawan mereka, saya kenal wajah mereka “katanya ketika berucap.

Lawatan Najib ke Perak bukan tiap hari atau berselang hari.

Masih banyak isu menunggu untuk diselesaikan kerana isu-isu ini adalah berkaitan dengan kerajaan pusat.

Banyak isu yang Najib perlu selesaikan bagi memastikan BN Perak termasuklah BN kebangsaan beroleh kejayaan dalam PRU ke13.

Sokongan masyaraat Cina dan India juga sokongan orang asli penting. Perak merupakan kawasan yang ramai dihuni masyarakat orang asli.

Kawasan Batang Padang sebagai contoh mempunyai 20,000 orang asli dari jumlah keseluruhan 60,000 orang dan kawasan parlimen Tapah saja ada 10 ribu orang asli.

Separuh adalah pengundi yang boleh menentukan BN boleh kekal di kawasan Tapah ataupun calon lain mengantinya.

Pembangkang menyedari factor masyarakat orang asli sebagai penentu menyebabkan mereka mungkin meletakan calon orang asli bertanding di Chenderiang.

Pembangkang serta blog pro mereka cuba mensabotaj lawtan PM ke Perak kerana lawatan itu membawa impak kepada sokongan rakyat pada B.

Isu yang mereka gunakan ialah lawatan Najib sebagai usaha menyelamatkan kerajaan BN yang hampir tenggelam.

Bukankah Anwar yakin PR akan kembali merampas Perak dalam PRU ke13 kelak?

Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir menempelak mereka kerana “lawatan Perdana Menteri dan timbalannya disusuli lawatan ke seluruh negara”.

“Najib ialah PM, justeru ia melawat ke semua negeri termasuklah Perak”katanya.

Ketua UMNO bahagian Tapah yakin lawatan PM boleh memperkasakan UMNO dan BN bukan saja dikawasannya tapi seluruh kawasan di Perak.

“PM dan TPM datang untuk melihat pembangunan serta projek yang diperlukan rakyat . . .banyak projek adalah projek kerajaan pusat yang memerlukan sokongan dan kelulusan PM”katanya.

Di PC sama, PM ditanya wakil Agenda Daily tentang cakap-cakap ini bahawa lawatannya kerana cuba menyelamat BN Perak yang didakwa lemah oleh pembangkang.

Najib berkata dia melawat semua negeri termasuklah Perak.

Tak betul lawatan itu kerana Perak lemah. Najib happy dengan prestgasi BN Perak dan MBnya.

Komen Najib mematikan spekulasi di atas namun apa yang dirisaukan coverage media elektronik (RTM ok) tertumpu isu-isu nasional,isu local tenggelam dan rakyat tak tahu apa yang berlaku.

Hal ini jika diperbaiki macam coverage RTM rakyat di seluruh negara lebih prihatin tentang apa yang berlaku di sekeliling dan sekitar kehidupan mereka. -26/3/2012

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 818  tetamu dalam talian