15Ogos2020

Agenda Daily

25,000 sambut PM di Gopeng

Hujan turun di beberapa daerah di Ipoh namun ianya tidak sedikitpun menganggu kira-kira 20 ribu orang menghadiri program Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di RTC Gopeng dekat Ipoh pada sebelah pagi Sabtu.

Tetamu utama yang menjadi teraju program tentulah Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun  Razak yang dilihat sudah memulakan road show ke seluruh negara bagi menjawab tohmahan mantan PM Tun Dr.Mahathir Mohamad.

Sejak pagi iaitu sejak sebelum subuh lagi bas-bas yang ditugaskan membawa orang ramai ke tapak program iaitu di RTC Gopeng sudahpun membuat “round” memasuki kawasan-kawasan yang dikenal pasti.

Ia walaupun bukanlah wajib kehadiran khusus bagi ahli-ahli UMNO di Perak bagi menghadiri program ini namun oleh kerana kemunculan Najib kali ini jauh berbedza dari yang lepas maka mereka menjadi teruja.

Ramai hendak melihat dari dekat mood Najib.Ramai hendak membaca raut wajah serta body langguage bahwa “Najib masih berkuasa.”

Bagi setengah dari kita menikus jika kita dikritik lebih-leih lagi oleh mantan PM atau kita terkencing dalam seluar. Saya percaya ramai memilih jalan mengumum  meletak jawatan, seperti Pak Lah tempoh hari, kerana tidak tertahan ”dipresssure”.

 Tetapi pagi tadi (Sabtu) mood orang ramai yang datang menghadiri program Perdana Menteri berada dalam mood yang positif. Selain mahu mendengar amanat Najib mereka turut memberikan tokoh utama mereka itu semangat juang.

Laungan “hidup PM’ . . .”hidup Najib” yang berkumandang sebaik Najib tidak di tapak program bukan dipaksa. Mungkin bagid pengkritik ia lauangan dibuat-buat atau dipaksa namun hakikatnya jelas diwajah orang ramai, mereka sayangkan PM.

Ini terbukti dengan cara mereka datang pagi ini.Selain berkereta, mereka menaiki bas. Setengah menumpang rakan-rakan kerana mahu berjimat.

Contohnya  bagi sekumpulan ahli-ahli lUMNO yang menaiki bas dari Pengkalan Hulu berlepas jam 4.30 pagi sebelum berhenti menunaikan solat subuh dalam perjalanan dan kemudian menyertai ribuan lagi ahli-ahli UMNO di RTC Gopeng.

 Pendek kata bukan saja ahli UMNO dari Gerik, juga dari seluruh bahagian termasuklah dari Tanjung Malim, Parit Buntar ,Taiping, Telun Intgan dan lain-lain kawasan. Jika dilihat di perkarangan RTC kelihatan seperti satu mega pesta jauh lebih gah dari pesta  jom heboh anjuran TV3.

Sebuah kemah khas disediakan penganjur bagi memenuhi limpahan manusia.

Ia segera mengingtkan kita tentang kempen pilihanraya umum ke13 lalu dimana lawatan Najb ke Perak sering dipenuhi ribuan manusia.

Malah di kawasan majoriti Cina seperti di Manjung ataupun lembah kinta serta di kuil- kuilpun, masyarkat Cina keluar menemui dan mendengar ucapan PM.

Jauh disudut hati ada rasa sayang namun kerana politik, 80 peratus pengundi Cina di Perak undi pembangkang khusus calun-calun mewakili DAP.

Berapa ramaikah orang ramai hadir pagi tadi di RTC? 10,000, 20,000 ataupun 30,000.

Bagi media seperti Bernama ,mereka menganggarkan 20 ribu hadir.Itu yang ditulis untuk siaran para pelanggan mereka.

Namun bagi orang ramai jumlahnya jauh lebih besar. Pengerusi BNBBC  Perak yang juga ADUN Slim, Khushairi Talib, beliau menganggarkan jumlah crowd tadi seramai 25,000, bukan macam 800 hadir semasa mantan PM hadir di sebuah hotel minggu lalu.
 
Untu rekod RTC Gopeng adalah tapak pusat transformasi yang diilhamkan Perdana Menteri pada 2011.  Justeru ia sangat sesuai dengan tema program tadi iaitu majlis bersama PM. Dengan lain erti selaindd meenemui rakhyat yang menyoong keepimpinannnha selama ini,  Najib juga berpeluang melihat sendiri RTC.

Ia bukan lagi sekadar satu stop center atau pusat sehenti seperti pada mula diasaskan. Ia kini jauh lebih menarik dengan menyediakan pelbagai kemudahan asas untuk orang ramai membeli belah atau menjamu selera.

RTC adalah satu dari program bersepadu di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 4 atau National Blue Ocean Strategy 4 (NBOS4) khusus bagi membangunkan kawasan luar bandar.

RTC dilihat projek Kementerian Kemajuan Luar  Bandar dan Wilayah namun penubuhan RTC dan UTC dilhamkan Perdana Menteri sendiri.
Untuk rekod juga pengwujudan RTC Gopeng bakal memberi faedah kepada penduduk luar bandar di sekitar Gopeng tanpa mereka perlu ke pusat-pusat Bandar lagi.

Ia menepati slogan "Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan" iaitu menyediakan pelbagai kemudahan secara one stop atau ala-ala one stop center.

Bagaimanapun perhatian umum pagi ini tentu berkisar kepada ucapan  Najib untuk warga Perak. Jika di Johor Bharu tempoh hari, Najib menjelaskan kekeliruan mengenai BRIM dan GST, hal sama di Gopeng. Isu IMDB walaupun mengelirukan pandangan umum kepada kerajaan namun hakikatnya Najib dilihat tidak menyalahgunakan kuasa.

Ia tidak lebih satu “bad PR excercise.”

Tidak seperti pembangkang yang mengeluarkan video katun (dikeluarkan oleh Red Bean Army?) bagi pihak pembangkang bertujuan menghina Najib dan isterinya Rosmah Mansor, program pagi ini lain.

Najib menjelaskan kekeliruan tentang BRIM dan GST.  Isu IMDB tidak harus dijelaskan secara umum kerana ia mengundang  kekeliruan. Barangkali Najib perlu satu slog dalam TV3 atau RTM bagi merungkai kekeliruan ini.

Lagi lama ditunggu lagi confuse umum. Lebih-lebih tukang kempen memburuk-buruk serta memfitnah jauh lebih ramai dari menyokong Najib dalam isu ini.

Apa yang boleh dikutip secara ringkas ucapan Najib ialah mengenai solidarity ahli-ahli UMNO dan rakyat khususnya.

Beliau mahu rakyat terus memberi kepercayaan dan sokongan padu kepadanya. Katanya  bukan masa untuk bercakaran . . . . kita perlu bersatu dan bekerja sama membantunya melaksanakan  agenda  rakyat.

"Saya beriltizam melakukan yang terbaik, tuan-tuan beri sokongan dan kepercayaan kepada saya, saya akan melakukan yang terbaik untuk negara kita.

"Banyak lagi  boleh dilakukan, agenda kita banyak lagi, tunggulah kita akan maklumkan kepada rakyat."

“Sebab itulah, ini bukanlah ketika untuk kita berbalah sesama kita… bukanlah satu masa untuk menyuruh pemimpin turun daripada jawatan tetapi masa untuk kita bersatu, bermuafakat kerana terlalu banyak cabaran yang perlu dihadapi,” katanya.

 “Dalam mana-mana pentadbiran pun tidak lekang kerana manusia ada kelemahan… cuma saya minta bagilah peluang dan kepercayaan serta sokongan kepada saya.”

Bagi pengundi di Perak, amanat PM kali ini menyentoh kalbu. Ia mengenai konsep perpaduan dan muafakat yang menurut PM sangat penting.

Perak pernah kalah kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke12 pada 2008 kerana sokongan ahli-ahli UMNO pada Pak Lah lemah akibat dikritik teruk oleh Tun Mahathir.

Pengundi Perak keliru sama ada hendak terus menyokong BN dan UMNO kerana jika mereka berbuat demikian mereka menyokong Pak Lah.

Akibat kekeliruan ini BN Perak pada 2008 tewas pada PR. Yang dipersalahkan ialah MB Perak ketika itu iaitu Tan Sri Tajol Rosli sedangkan hakikatnya yang menghentam teruk Pak Lah ialah Tun Mahathir.

Kini kekeliruan itu tercetus semula apabila Tun M sekali lagi mengkritik kepimpinan dan pentadbiran Najib dan mahukan Najib meletakan jawatan pula. Kekeliruan ini boleh menyebabkan BN Perak berdepan masalah jauh lebih besar dalam PRU ke14.

Sebab itu apabila Najib berkata perpaduan dan muafakat itu penting, umum memberikannya tepukan."Dulu orang kata Perak tak mungkin Perak boleh menang tapi kita buktikan bila kita muafakat bumi Perak dapat kita pertahankan,"katanya.

Mungkin kali ini serangan terhadap UMNO oleh “orang UMNO” sendiri tidak macam 2008. Ia tak ubah macam ribut dalam cawan kopi o yang bersifat sementara. Perak sudah belajar dari kesilapan lalu.-24/5/2015

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 392  tetamu dalam talian