16November2019

Agenda Daily

UMNO ambil pendekatan tidak ulas PRK Port Dickson...

Kerana Barisan Nasional tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson... pemimpin UMNO mengambil keputusan untuk tidak memberikan ulasan rasmi parti berhubung PRK tersebut.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata beliau tidak mahu membuat sebarang komen terhadap isu berhubung PRK berkenaan.

“UMNO tiada mengambil bahagian dalam PRK Parlimen Port Dickson, saya tidak mahu komen,” katanya.

Beliau ditanya mengenai sokongan pemimpin akar umbi pada peringkat bahagian parti terhadap kempen Tan Sri Mohd Isa Samad yang bertanding sebagai calon Bebas.

Sebelum ini, media melaporkan Mohd Isa mengaku sebahagian pemimpin dan ahli UMNO peringkat akar umbi di Port Dickson menyokongnya walaupun parti itu memutuskan untuk memboikot PRK berkenaan.

Mohd Isa dipetik sebagai berkata, tindakan menyokongnya itu tidak sama dengan menggunakan jentera UMNO untuk kempen atau berada dalam kempen beliau.

Selain itu, media melaporkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Port Dickson, Mohd Najib Mohd Isa yang juga anak sulung Mohd Isa, menegaskan berkempen untuk bapanya atas kapasiti sebagai anak dan tidak menggunakan jentera parti.

Mohd Isa yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan serta bekas Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang (kini Port Dickson), mengumumkan keluar parti kerana mahu bertanding sebagai calon Bebas pada PRK Parlimen Port Dickson selepas Barisan Nasional (BN) dan UMNO membuat keputusan memboikot pilihan raya itu.-4/10/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1214  tetamu dalam talian