25September2020

Agenda Daily

Senarai barang dikecualikan SST masih di peringkat cadangan

Senarai barangan dikecualikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dimuat naik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) termasuk "big-ticket items" iaitu barangan mahal dan mewah masih dalam peringkat cadangan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata senarai cadangan berkenaan adalah terbuka kepada maklum balas orang awam sama ada perlu atau tidak untuk memasukkan atau menggugurkan mana-mana item daripada senarai barangan dikecualikan daripada SST.

"Walaupun senarai yang dikeluarkan oleh JKDM hanya cadangan, namun Kementerian Kewangan berpandangan adalah perlu bahawa barangan mahal yang juga mewah iaitu big-ticket items haruslah dimasukkan," katanya dalam satu kenyataan.

Lim berkata, antara barangan mahal dan mewah yang tersenarai untuk pengecualian ialah seperti kapal terbang, kapal mewah, feri penumpang, helikopter, kapal angkasa dan peralatan luncur salji.

Semalam, semasa sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, Lim berkata SST hanya akan merangkumi 38 peratus daripada kumpulan barangan Indeks Harga Pengguna (IHP) berbanding 60 peratus mengikut Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Beliau juga berkata SST akan "mengembalikan" RM23 bilion jumlah kutipan cukai kepada rakyat sekali gus mengurangkan beban kewangan khususnya mereka yang terkesan ekoran kos sara hidup tinggi.-20/7/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 355  tetamu dalam talian