18Jun2019

Rafizi atasi Azmin dalam pemilihan jawatan no dua PKR

Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli menang besar mengatasi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam persaingan merebut jawatan timbalan presiden PKR pada pemilihan semula parti itu bagi cabang Pensiangan, Ahad.

Keputusan tidak rasmi yang dimaklumkan Ketua Pengawas Pusat Pemilihan PKR cabang Pensiangan Suraya Muizzudin itu menyaksikan Mohd Rafizi menang dengan memperolehi 2,388 undi, berbanding Azmin yang mendapat 262 undi.

Proses pemilihan semula PKR bagi cabang itu, yang menggunakan sistem e-undi bermula 9 pagi dan berakhir 4 petang, dan berjalan lancar, berlangsung dalam suasana aman tanpa berlaku sebarang perkara tidak diingini.

Seramai 5,865 daripada 11,000 ahli PKR cabang Pensiangan keluar menunaikan tanggungjawab pada proses pemilihan semula itu.

Pemilihan semula PKR cabang Pensiangan turut menyaksikan Raymond Ahuar mempertahankan jawatan Ketua Cabang dalam pertandingan tiga penjuru dengan mendapat undian 3,126 undi.

Raymond menewaskan dua pencabarnya iaitu Saleh Benidect yang memperoleh 337 undi dan John Ingkoi (kosong undi).

Sementara itu, di TAWAU, walaupun proses pengiraan undi sudah selesai, namun, difahamkan keputusan pemilihan semula PKR bagi cabang itu tidak diumumkan hari ini.

Tawau dan Pensiangan merupakan antara tiga cabang PKR di Sabah yang mengadakan proses pemilihan semula selepas keputusan pemilihan pada 3 dan 4 November lepas ditangguhkan.

Satu lagi cabang PKR iaitu Keningau telah menjalankan proses pemilihan semula, semalam, dengan keputusan tidak rasmi menyaksikan Mohd Rafizi mendahului Azmin dengan kelebihan tiga undi.

Mohd Rafizi memperoleh 624 undi manakala Azmin 621 undi.-12/11/2018 -Bernama

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 436  tetamu dalam talian