23Mac2019

PRK Port Dickson: Tiga sebab perlu pilih calon PAS

Pemuda PAS menggariskan tiga sebab pengundi muda perlu memilih calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Port Dickson.

Pengarah Strateginya, Syahir Sulaiman berkata tiga perkara itu sebagai isyarat jelas daripada anak muda.

“Pertama sebagai isyarat anak muda tolak pembohongan dan kegagalan PH menunaikan janji manifesto seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tol dan kos sara hidup.

“Kedua, isyarat anak muda tolak politik peribadi yang mempertaruhkan nasib rakyat, agama, bangsa dan negara, dengan pelbagai langkah sumbang.

“Ketiga, isyarat anak muda mahu perubahan sebenar, dengan memilih Islam sebagai penyelesaian dan meletakkan Islam di hadapan,” katanya dalam satu kenyataan.

PAS meletakkan bekas pegawai tentera, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar, 57 bagi merebut kerusi Port Dickson selepas ia dikosongkan penyandangnya bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.-1/10/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 713  tetamu dalam talian