20November2019

Agenda Daily

Polis pulangkan ‘wang UMNO’ jika diperintah mahkamah

Polis sedia memulangkan wang tunai RM116.7 juta yang disita dari dua premis milik Datuk Seri Najib Razak jika diperintahkan oleh mahkamah.

Dituntut UMNO melalui writ saman, timbalan ketua polis negara berkata rampasan itu dikembalikan jika wang tersebut tiada kaitan dengan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Namun, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata pihaknya ada setahun untuk menyelesaikan siasatan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

“Polis memerlukan masa bagi mengenal pasti nombor siri pada wang tunai dan rekod 12,000 barang kemas yang dirampas,” katanya.

“Jika ia [siasatan] dapat disiapkan dalam tempoh dua bulan, kami akan menyiapkannya.”  

Beliau mengulas permohonan UMNO berkaitan wang tunai yang dirampas di Lengkok Duta dan pangsapuri Pavilion Residences pada 17 Mei lalu.

Jumaat lalu, UMNO memfail saman RM43.3 juta berikutan dakwaan sejumlah wang yang disita polis, didakwa milik parti tersebut, dikatakan hilang.

UMNO juga mendakwa jumlah sebenar yang disimpan di premis tersebut adalah RM160 juta, bukan RM116.7 juta seperti yang dinyatakan polis.-28/9/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 254  tetamu dalam talian